• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lampard Jadi Penyelamat Man City Seri 1-1 Temu Chelsea

oleh Ahmad Albab
22/09/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Frank Lampard – penjaring terbanyak Chelsea sepanjang zaman – hadir selaku pemain gantian untuk membantu kelab baharunya, Manchester City bangkit seri 1-1 ketika menentang pendahulu liga itu, awal pagi tadi.

Keputusan itu turut menamatkan rekod sempurna anak didik Jose Mourinho dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad.

Lampard yang menjaringkan 211 gol untuk Chelsea dan kini mewakili Man City atas pinjaman dari kelab MLS, New York City tampil menolak masuk gol penyamaan pada minit ke-85 selepas hanya berada atas gelanggang selama enam minit.

Andre Schuerrle meletakkan Chelsea di hadapan pada minit ke-71 – lima minit selepas pemain pertahanan City, Pablo Zabaleta dilayangkan kad merah atas terjahan kasar ke atas Diego Costa.

Chelsea masih mendahului carta liga berbekal 13 mata daripada lima perlawanan – mengatasi Southampton dan Aston Villa yang masing-masing memiliki 10 mata.

Crystal Palace turut membuat kejutan selepas bangkit untuk menewaskan Everton 3-2 di laman lawan.

Dalam perlawanan awal, Leicester City membuat kejutan besar menewaskan Manchester United 5-3 di Stadium King Power dengan empat gol dalam tempoh 20 minit.

West Bromwich Albion melangkah keluar daripada posisi tercorot dengan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur – kemenangan pertama mereka musim ini. – Reuters

KEPUTUSAN EPL

Leicester City 5 Manchester United 3

Tottenham 0 West Brom 1

Everton 2 Crystal Palace 3

Manchester City 1 Chelsea 1

Tags: Manchester City
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Liverpool Kekal Di Puncak, Manchester City Terkulai

11/11/2019
0

LONDON - Liverpool terus kekal di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan bergaya 3-1 ke atas penyandang juara, Manchester City...

Kolaborasi Dengan Manchester City Pasti Jadi Kenyataan

29/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan akan memastikan kolaborasinya dengan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City menjadi kenyataan. Menterinya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd