• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jaga Anak-Anak Saya” – Ungkapan Terakhir Nova Safitri

oleh AK-47
07/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KASIH seorang ibu hingga ke hujung nyawa…

Tragedi di Lebuhraya Duke awal pagi Sabtu lalu yang mengorbankan sepasang suami isteri dan bayi comel mereka yang hanya 7 bulan amat menyentuh hati masyarakat.

Ternyata di saat-saat sebelum menghembuskan nafas terakhir, mangsa, Nova Safitri Azhari, 27, sempat memberi pesanan terakhir kepada keluarga terdekat untuk menjaga kesemua anak perempuanya setelah ketiadaannya nanti.

“Jaga anak-anak saya,” pesanan terakhir Nova kepada saudara perempuan yang kebetulan berada di tempat kejadian sebelum dia meninggal dunia.

Saudara terdekat mangsa yang kebetulan lalu di jalan yang sama berhenti selepas melihat kereta Mitsubishi Pajero yang dinaiki Nova dan suaminya, Fairuz Nizam Husain serta bayi mereka mengalami kemalangan.

Yusnidah Husain, 47, kakak kepada Fairuz berkata, anak lelakinya dan menantu berhenti di tempat kejadian selepas melihat insiden itu.

“Menantu saya bergegas ke arah Nova yang kelihatan nazak dan memangkunya dalam pelukan untuk mendengar kata-kata terakhir Nova itu,” kata Yusnidah kepada News Straits Times.

Ia dilapor sebagai berita utama muka  satu atau muka hadapan akhbar berkenaan hari ini.

Nova serta suami dan bayi mereka terkorban dalam nahas berkenaan.

Mereka meninggalkan dua anak perempuan lain yakni Nur Firuza Amira, 7, serta Nur Firuza Aqila, 4.

11054328_1425498774425983_5848060109238490072_n.jpgwm

11209757_1425498744425986_3559136934777575440_n.jpgwm

Dalam pada itu, Amira semalam meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar menangkap orang yang melanggar ayahnya.

Permintaan itu dibuat ketika Zahid datang ke rumahnya semalam.

[Berkaitan: Nahas Duke: “Tangkap Orang Yang Langgar Ayah Saya”]

Zahid menyeru semua saksi kejadian agar tampil ke hadapan untuk membantu memudahkan siasatan.

[Berkaitan: Pihak Pengadilan Akan Dihadap Ke Muka Pengadilan – Zahid]

11193320_1425498814425979_1433241074966202762_n.jpgwm

Sementara itu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi membantu siasatan berhubung insiden itu.

[MIROS Bantu Siasatan Nahas Lebuhraya Duke – Abdul Aziz]

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk menganalisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Diharap, dengan usaha semua pihak ini, keadilan untuk kedua anak kecil itu akan ditegakkan dan masa depan mereka juga akan terjamin. – MYNEWSHUB.CC

11206118_10203241882042278_1564308081894278938_n-1

https://www.youtube.com/watch?v=OXvGb-SnxHw

Oleh: SyfqAkhir

Tags: anak yatimkemalangankemalangan mautLebuhraya Duke
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd