• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Nepal: Pasukan SAR Asing Dihantar Pulang

oleh Ahmad Albab
04/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATHMANDU – NEPAL. Nepal memutuskan menghantar pulang pasukan mencari dan menyelamat (SAR) asing memandangkan negara itu berkeupayaan untuk mengendalikan sendiri operasi mencari dan menyelamat.

Walaupun kerajaan belum membuat keputusan rasmi berhubung perkara itu, Jawatankuasa Pusat Bantuan Bencana Alam (CNDRC) yang diketuai Menteri Dalam Negeri telah mencadangkan kepada kerajaan untuk menghantar pulang pasukan penyelamat luar negara, kata pegawai di Kementerian Dalam Negeri.

Majlis Menteri-Menteri dijangka membuat keputusan rasmi pada Isnin.

“Ia adalah amalan biasa di mana-mana di dunia, pasukan mencari dan menyelamat asing tidak boleh tinggal lebih seminggu dan CNDRC telah memutuskan untuk mencadangkan kepada kerajaan, menghantar pulang pasukan penyelamat asing, memandangkan kerajaan sendiri boleh mengendalikan situasi itu.

“Kami amat menyanjung tinggi bantuan yang dihulur rakan-rakan negara asing semasa operasi mencari dan menyelamat sepanjang lebih seminggu yang lepas tetapi Nepal kini boleh menangani situasi itu sekarang,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Laxmi Prasad Dhakal.

Kira-kira 4,050 sukarelawan dengan 129 anjing pengesan dari 34 negara termasuk Malaysia kini sedang membantu Nepal dalam operasi mencari dan menyelamat selepas kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal pada 25 April menyebabkan lebih 7,240 orang maut.

Menurut Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaaan (NEOC) di bawah Kementerian Dalam Negeri, sehingga kini 7,250 mayat dijumpai, manakala 14,266 orang cedera dalam bencana itu.

Pegawai menjangkakan jumlah mangsa yang cedera dan terkorban meningkat, memandangkan banyak mayat tidak dapat dikeluarkan daripada runtuhan terutama di kawasan pedalaman.

Sebahagian perkampungan di Gorkha dan Sindhupalchock telah musnah sama sekali akibat gempa bumi itu, dan ribuan dijangka masih lagi tertimbus di bawah runtuhan.

Walaupun pasukan mencari dan menyelamat luar negara akan dihantar pulang, Nepal bagaimanapun akan terus mendapatkan lebih banyak bantuan daripada masyarakat antarabangsa untuk bantuan dan pembinaan semula kawasan-kawasan yang terjejas.

“Kami amat mengalu-alukan bantuan material daripada masyarakat antarabangsa dan rakan-rakan luar negara, yang akan diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan oleh kerajaan Nepal sendiri,” kata Dhakal.

Ia bagaimanapun tidak membabitkan pasukan perubatan kerana pekerja kesihatan asing yang terhad akan dibenar membantu kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada mangsa gempa bumi, katanya.

Pada masa ini terdapat lebih 700 pekerja kesihatan dari 34 negara menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada mangsa gempa bumi itu.

Sementara itu, kehidupan rakyat di sini, kini kembali beransur pulih apabila orang ramai mula pergi ke tempat kerja. Kira-kira 25 peratus kedai dibuka pada Ahad.

Meskipun begitu, rakyat masih lagi takut selepas gempa susulan melanda Kathmandu dan kawasan sekitarnya. Lapan gegaran kecil dirasai di Kathmandu dan sekitarnya pada Ahad.

Bagaimanapun, ahli seismologi menganggap ia fenomena biasa.

Ahli geologi, Dr Taranidhi Bhattarai berkata, gempa susulan boleh berlarutan sehingga sebulan dan orang ramai tidak perlu panik kerana tidak ada gempa bumi kuat berkemungkinan akan berlaku dalam masa terdekat. – BERNAMA

Tags: gempa bumiNEPAL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd