• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Bina Rumah PR1MA Berharga RM80,000

oleh Ahmad Albab
04/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Kerajaan negeri Pahang memutuskan untuk membina rumah berharga RM80,000 seunit menerusi projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang dalam usaha membantu golongan kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, sejak diperkenalkan dua tahun lalu, PR1MA Pahang hanya menawarkan rumah yang berharga RM125,000 sehingga RM150,000 seunit di lokasi-lokasi strategik termasuk di kawasan bandar.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri telah memutuskan untuk membina rumah berharga RM80,000 seunit dalam projek perumahan yang membabitkan rumah bernilai RM125,000, RM150,000 atau lebih tinggi harganya.

“Ini bagi membolehkan pemaju dapat menampung kos pembinaan rumah berharga RM80,000 selain mengenakan caj royalti tanah yang nominal,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri selepas majlis pecah tanah projek PR1MA di Pontian Jaya, di sini hari ini.

Pembinaan sebanyak 160 unit rumah PR1MA Pahang di Pontian Jaya itu membabitkan kos RM54.37 juta di tapak seluas 18 hektar dan ia terletak kurang 10 kilometer (km) dari pusat bandar Kuala Rompin.

Adnan berkata, kerajaan negeri tidak bercadang menetapkan peratusan rumah bernilai RM80,000 yang wajib dibina dalam sesebuah projek perumahan PR1MA yang dilaksanakan, namun amat mengalu-alukan sekiranya ia dapat dibina 20 peratus daripada jumlah rumah yang dibina.

Menurutnya, kerajaan Pahang sentiasa komited menyediakan lebih banyak rumah mampu milik bagi membolehkan rakyat dapat menikmati kediaman sendiri dan ini terbukti apabila kira-kira 27,000 unit rumah PR1MA Pahang kini dalam pembinaan.

“Ketika melancarkan PR1MA Pahang dua tahun lalu, kami sasarkan untuk membina 15,000 unit rumah dalam tempoh lima tahun tetapi dalam tempoh dua tahun sahaja kami sudah luluskan pembinaan kira-kira 27,000 unit rumah di 69 lokasi seluruh negeri,” katanya.

Menurutnya daripada jumlah itu sebanyak 1,000 unit rumah sudah siap iaitu di Bera dan Gambang yang bakal dirasmikan pada Jun depan.

Dalam perkembangan lain, Adnan yang juga Pengerusi BN Pahang meminta pengundi di Parlimen Rompin supaya membuat pertimbangan yang tepat ketika menunaikan tanggungjawab mereka esok tanpa terpengaruh dengan fitnah dilemparkan pihak tertentu.

“Paling penting mereka kena pilih parti boleh mentadbir negara secara bijak, dan saya berharap BN mampu menang, tentang majoriti undi kita akan lihat daripada jumlah peratusan keluar mengundi esok,” katanya. – BERNAMA

Tags: PahangPR1MA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd