• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIROS Bantu Siasat Nahas Lebuhraya DUKE – Abdul Aziz

oleh Ahmad Albab
06/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi membantu siasatan berhubung nahas di Lebuhraya Duke, Sabtu lalu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk menganalisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti punca kemalangan.

“Siasatan terperinci akan dijalankan dan hukuman seperti menggantung lesen boleh diambil sekiranya terbukti ada kecuaian dalam pemanduan,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga mangsa di Taman Batu Muda, Batu Caves di sini, hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.05 pagi itu, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya Duke dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Abdul Aziz turut memberi jaminan tiada unsur pilih kasih dalam siasatan yang akan dijalankan.

Sementara itu, bagi membantu keluarga mangsa, beliau berkata satu akaun tabungan akan diwujudkan dengan kerjasama Yayasan Pewaris bahagian Batu.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu menjalankan penguatkuasaan lebih rapi khususnya pada malam minggu bagi memantau kegiatan lumba haram selain memastikan pengguna jalan raya yang lain tidak menjadi mangsa keadaan.

Ditanya mengenai kewajaran kelab kenderaan supaya berdaftar dengan JPJ, beliau berkata kementerian akan membuat kajian berhubung perkara itu termasuk mengadakan bengkel bagi mencari kaedah sesuai untuk kelab tersebut beroperasi.

Dalam lawatan sejam itu Abdul Aziz turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=3UGzDpGVHnw

Tags: kemalangan mautMIROS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd