• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Lakukan Lawatan Kerja 2 Hari Ke Singapura

oleh Ahmad Albab
04/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Singapura bermula hari ini bagi menghadiri Pemukiman Ke-6 Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura.

Semasa sesi pemukiman itu, Najib dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, disusuli dengan mesyuarat perwakilan dengan kedua-dua pihak akan membincangkan pelbagai isu dua hala kepentingan bersama dan menyemak perkembangan kerjasama hubungan dua hala sedia ada, termasuk inisiatif yang dipersetujui semasa sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin 2014.

Menurut kenyataan Kementerian Luar di sini hari ini, Memorandum Persefahama antara Malaysia dan Singapura Mengenai Kerjasama dalam Pembangunan Keupayaan Dalam Pencarian dan Penyelamatan Urban dan Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian antara Malaysia dan Singapura Mengenai Pembinaan dan Operasi Terminal Feri dan Perkhidmatan Feri antara Semenanjung Malaysia dan Singapura akan ditandatangani pada sesi pemukiman itu.

Pada lawatan itu, Perdana Menteri akan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, beberapa menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan.

“Perdana Menteri juga dijadual mengadakan pertemuan dengan wakil Persatuan Komuniti Malaysia di Singapura dan menghadiri sesi dialog dengan ahli perniagaan terkemuka di Singapura,” menurut kenyataan itu.

Najib juga dijadual menyampaikan ucap tama pada majlis makan malam tahunan Persatuan Ekonomi Singapura (ESS) esok.

Pada 2014, Singapura merupakan rakan dagang Malaysia yang kedua terbesar di peringkat global dan juga merupakan rakan dagang terbesar dalam kalangan negara ASEAN dengan jumlah keseluruhan perdagangan sebanyak RM194.52 bilion (US$59.5 bilion), antara kedua-dua negara.

Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd