• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Rompin: Calon BN Minta Rakyat Buat Pilihan Tepat

oleh Ahmad Albab
04/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUADZAM SHAH – Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin, kira-kira 20 jam menjelang pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin bermula 8 pagi esok, berharap pengundi membuat pilihan tepat demi masa depan kawasan itu.

Beliau berkata Rompin masih memerlukan pembangunan, dan masalah penduduk termasuk soal pemilikan tanah dan ekonomi yang masih perlu terus diberi perhatian oleh BN yang mewakili kawasan Parlimen itu selama ini.

Bagi memastikan kesinambungan pembangunan di daerah Rompin, beliau berharap pengundi memberi peluang untuknya berkhidmat sambil berjanji akan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik sekiranya diberikan mandat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pecah tanah Masjid Muadzam Shah di sini semalam yang disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

“Saya yakin semua masalah berkaitan (dengan penduduk di Parlimen Rompin) dapat diselesaikan jika BN terus diberikan peluang untuk menang dalam PRK Selasa ini,” kata anak kelahiran Kampung Ayau, Leban Chondon itu.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri Datuk Seri Ir. Mohd Soffi Abd Razak dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman Datuk Mohd Johari Hussain.

Hasan, 62, berkata ini terbukti apabila Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penurunan harga rumah untuk generasi kedua FELDA daripada RM125,000 kepada RM90,000 seunit semalam selepas mendengar keluhan peneroka.

Beliau juga yakin dengan pengalaman luasnya sebagai bekas timbalan menteri besar Pahang dari 1995 hingga 1999 dan pernah menjadi ADUN Tioman dan Bukit Ibam dari 1986 hingga 2004, kedua-dua kawasan itu di dalam Parlimen Rompin, dapat membantu menyelesaikan masalah yang dibangkit oleh penduduk.

Secara keseluruhannya, beliau turut berpuas hati dengan kempen jentera pilihan raya BN yang disifatkannya dalam peringkat pecutan terakhir sebelum tiba di garisan penamat esok.

Hasan ditentang calon PAS, Nazri Ahmad, 40, pada PRK yang diadakan susulan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

Seramai 52,744 pengundi layak mengundi esok, sementara 464 daripada 545 pengundi awal telah mengundi pada Khamis lepas. – BERNAMA

https://youtu.be/fOsn-PA8yws

Tags: PRK Rompin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Rompin & Permatang Pauh: Kejutan Peringatan Untuk BN

08/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh dilihat sebagai 'wake-up call' atau kejutan...

Pemuda PAS Perak Puas Hati Walau Tewas

06/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak mendakwa tetap berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd