• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prihatin Aspek Keselamatan Ketika Cuaca Tidak Menentu

oleh Ahmad Albab
03/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihati sentiasa prihatin dan menitikberatkan aspek keselamatan berikutan cuaca tidak menentu kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khiruddin Drahman berkata mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan berlakunya banjir kilat, petir, kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh.

“Pada masa ini, pihak kami bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sentiasa berada dalam keadaan siap siaga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini berikutan cuaca tidak menentu itu,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata pihak DBKL juga mengambil inisiatif dengan mencantas dahan-dahan pokok yang berisiko tumbang di atas jalan raya.

“Saya juga ingin menasihati penduduk supaya berhati-hati dan mengelakkan diri daripada duduk di kawasan lapang atau di bawah pokok ketika berlaku ribut petir atau hujan lebat yang berisiko berlakunya panahan petir.

“Di samping itu, elakkan diri daripada membuat panggilan menggunakan telefon bimbit sewaktu hujan lebat atau kilat bagi mengelakkan radiasi,” katanya.

Jabatan Meteorologi sebelum ini menasihati orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar pada waktu petang berikutan keadaan hujan dan ribut petir berserta angin kencang di negeri-negeri kawasan Pantai Barat Semenanjung.

Fenomena itu berikutan peralihan angin monsun, menyebabkan cuaca panas pada waktu pagi dan hujan lebat, angin kencang serta ribut petir pada sebelah petang dan malam.

Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Che Gayah Ismail berkata cuaca buruk kebelakangan ini merupakan situasi lazim mengikut kitaran musim peralihan monsun yang dijangka berlaku sehingga hujung Mei ini. – BERNAMA

Tags: BombaCuaca
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd