• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam, KPDNKK Digesa Bertindak Terhadap Peniaga Yang Ambil Kesempatan

oleh Ahmad Albab
03/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) digesa melakukan pemeriksaan rapi serta mengenakan tindakan ke atas peniaga yang mengambil kesempatan terhadap pelanggan dengan mengaut untung secara berlebihan, dalam menangani isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah berkata beliau menyokong usaha kerajaan dalam mewujudkan GST, yang dilihat mampu membantu ekonomi negara.

Bagaimanapun, beliau berkata penguatkuasaan terhadap peniaga yang mengambil kesempatan adalah terlalu lemah.

“Isu penguatkuasaan ini perlu dipantau dengan rapi oleh pihak kastam dan KPDNKK yang mana peniaga pasar raya dan restoran menekan rakyat sewenang-wenangnya.

Terdapat beberapa individu yang mengadu bahawa pasar raya meletakkan harga yang tinggi selepas GST kerana sepatutnya tidak begitu. Malah makanan dan minuman seperti minuman air kelapa juga turut dikenakan CBP yang membebankan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung bersama wakil badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Seri Manjung hari ini.

Abdul Rani Kulup berkata GST adalah satu inisiatif kerajaan yang bagus dan membantu rakyat namun terdapat peniaga yang mengambil kesempatan untuk meraih untung.

“Jika ini berlaku, orang ramai akan menyalahkan kerajaan walaupun sebenarnya peniaga yang begitu rakus mengaut keuntungan,” katanya.

Beliau berkata laporan polis itu dibuat bagi menyeru agensi penguatkuasaan supaya lebih aktif dan melakukan pemeriksaan secara rapi ke atas peniaga supaya orang ramai tidak tertipu. – BERNAMA

Tags: KastamKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd