• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rombongan Ke Kazakhstan Ditanggung Pihak Lelaki

oleh Ahmad Albab
05/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERPAMPANG di media-media arus perdana mahupun lidah pembangkang tentang perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Nooryana Najwa, 22, dengan jejaka dari Kazakhstan, Daniyar Kessibayev yang diadakan di Kuala Lumpur beberapa minggu lalu.

Pada 17 sehingga 19 April lalu pula, rombongan pengantin perempuan bertandang ke Kazakhstan bagi menghadiri majlis perkahwinan di sebelah pihak pengantin lelaki.

Namun, terdapat desas desus yang mempersoalkan sumber kewangan bagi menanggung sehingga 300 orang wakil pihak perempuan untuk ke sana.

[TERDAHULU: Anak Perempuan Najib Langsung Perkahwinan Khamis]

Setelah berlarutan beberapa minggu, akhirnya, salah seorang pegawai yang turut menghadiri majlis gilang-gemilang di Kazakhstan merungkai persoalan tersebut.

Menurut Rizal Mansor, isu bahawa tanggungan untuk membawa rombongan tersebut ke sana adalah dengan menggunakan duit kerajaan adalah tidak benar.

Memetik kenyataannya dalam laporan di portal Malaysiakini, kos membawa sebahagian individu yang turut serta bersama PM dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah ditanggung oleh keluarga pihak lelaki dan hadir atas jemputan.

“Orang tanya siapa yang bawa, kami pergi atas jemputan keluarga lelaki. Saya pun rapat dengan keluarga lelaki sebab itu dijemput.

“Sebahagian tetamu diterbangkan ke Kazakhstan oleh keluarga lelaki (Daniyar).

“Untuk level macam saya yang bukan korporat ini tentu disediakan oleh keluarga sana yang menjemput, sebahagian lagi atas kos mereka sendiri, tidak timbul satu sen pun duit kerajaan di sini.”

Dalam pada itu, Rizal turut menafikan bahawa rombongan berjumlah 300 orang dan berkata, hanya 250 individu terbang ke sana.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI

Laporan Berita Perkahwinan Anak PM

Tags: KazakhstanNajib Tun RazakperkahwinanRosmah Mansor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Adlin Abdul Majid menarik...

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

26/06/2024
0

Rosmah Mansor mahu hakim yang membicarakan saman barangan kemas AS$346 juta 1MDB terhadapnya menarik diri kerana dia pernah menjadi rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd