• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Permatang Pauh: PAS Tetap Sokong PKR

oleh Ahmad Albab
02/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berkata pucuk pimpinan PAS tetap menyokong PKR walaupun berlaku protes dari segelintir anggota PAS terhadap PKR.

“Kami mendapat arahan sangat jelas daripada hierarki PAS yang kesemua pucuk pimpinan PAS menyokong penuh kami dan kami tidak mahu membangkitkan lagi perkara ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau diminta mengulas protes senyap anggota PAS terhadap PKR pada pilihan raya kecil (PKR) kawasan Permatang Pauh.

Semalam kira-kira 10,000 anggota yang didakwa mewakili Pemuda PAS mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh bagi mendesak Angkatan Muda Keadilan dan DAP menarik balik dakwaan menghina terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud.

Terdapat Pemuda PAS kawasan yang mengeluarkan kenyataan mereka tidak akan menyokong calon PKR di Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Nurul Izzah berkata PKR akan merujuk kepada kenyataan rasmi PAS yang telah dikeluarkan bagi menyokong calon PKR dalam PRK itu.

Sementara itu Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin menafikan kumpulan yang berdemonstrasi itu sebagai anggota PAS.

Beliau berkata bahagian PAS telah menghantar mesej kepada pihaknya bagi memberitahu perkara itu.

“Kami akan minta mereka tentukan perkara itu dan menyelesaikannya,” katanya. – BERNAMA

Tags: PRK Permatang Pauh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Kit Siang Sokong Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang

11/05/2015
0

KETUA parti DAP Lim Kit Siang menerusi laman blognya hari ini menzahirkan sokongannya terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan...

PRK Rompin & Permatang Pauh: Kejutan Peringatan Untuk BN

08/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh dilihat sebagai 'wake-up call' atau kejutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd