• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Indonesia, Pelajar, Maut Dalam Kemalangan Di Melaka

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang lelaki dipercayai warga Indonesia dan seorang lagi pelajar lelaki tingkatan dua maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di Kampung Gelam di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata Suhaiming Lemlaeh, 20, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Katanya Muhamad Amirul Adam, 14, meninggal dunia di Hospital Melaka juga dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dalam kejadian kira-kira 9.30 malam.

“Motosikal ditunggang Suhaiming dipercayai terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar motosikal Muhamad Amirul dan satu lagi motosikal ditunggang seorang lagi lelaki Jamaludin Abdul Hadi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Jamaludin, 46 yang membawa anaknya, Muhammad Farid Hakimi, 11, serta pembonceng motosikal Muhamad Amirul iaitu Mohd Hamdan Syahkirin Amirruddin, 17, semuanya mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

https://youtu.be/qwbAv1TjBUI

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd