• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nicol Kekal Pemain Nombor Satu Dunia Selama 106 Bulan

oleh Ahmad Albab
03/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David masih mengekalkan kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia selama 106 bulan berturut-turut, walaupun setakat ini hanya meraih satu gelaran, tahun ini.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu yang meraih kejuaraan Terbuka Cleveland Classic di Amerika Syarikat pada Februari, mengumpul 3,590 mata untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pemain utama dunia, menurut ranking dunia terkini yang dikeluarkan Persatuan Pemain Skuasy Antarabangsa Wanita (Wispa), hari ini.

Musuh ketat Nicol iaitu Raneem El Welily dari Mesir turut memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemain nombor dua dunia selepas mengumpul 2,998 mata, manakala dua pemain England, Alison Waters dan Laura Massaro, masing-masing kekal di ranking ketiga dan keempat selepas mengutip 1,540 dan 1,424 mata.

Pemain nombor dua Malaysia, Low Wee Wern dalam pada itu, naik satu anak tangga ke kedudukan ketujuh dengan 1,066 mata, walaupun masih mencari kejuaraan sulungnya musim ini. – BERNAMA

Tags: Nicol David
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Satu Penghormatan, Terima Kasih Malaysia” – Nicol

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - "Satu penghormatan, sangat gembira yang tidak terkata. Terima kasih Malaysia, di atas sokongan anda," ungkap Datuk Nicol...

PM Ucap Tahniah Nicol Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

02/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd