• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC Cuba Tunaikan Permintaan Kaum India Di Rompin

oleh Ahmad Albab
01/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – MIC akan berbincang dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai harapan masyarakat India di Rompin yang menginginkan sebuah kuil di kawasan tersebut.

Presidennya Datuk Seri G.Palanivel berkata beliau akan berjumpa dengan Adnan bagi membincangkan perkara itu supaya dapat diselesaikan dengan kadar segera.

“Saya akan bincang dengan menteri besar, dan akan cuba sedaya-upaya untuk dapatkan tanah seluas dua ekar (0.8 hektar) bagi tujuan tersebut,” katanya.

Beliau ditemui Bernama selepas menghadiri majlis mesra bersama pengundi India Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di Wisma Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Rancangan di Felda Keratong 9, kira-kira 100km dari sini, hari ini.

Mengenai PRK Rompin, Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata sokongan pengundi India di kawasan itu amat memberangsangkan.

Beliau berkata walaupun pengundi India hanya berjumlah 621 orang atau satu peratus daripada 53,294 pengundi dalam Parlimen Rompin, namun sokongan mereka terhadap Barisan Nasional (BN) sangat kukuh.

Bagaimanapun, katanya, jentera MIC bersama BN akan terus turun padang untuk berjumpa dengan pengundi bagi memastikan matlamat Petunjuk Prestasi Utama bagi setiap 38 peti daerah mengundi di kawasan Parlimen itu dicapai.

“Kami sedang berusaha untuk memastikan pengundi India di Rompin, mahupun di PRK Parlimen Permatang Pauh terus menyokong kepimpinan BN,” kata beliau.

PRK Parlimen Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Sebanyak 460 pengundi awal atau 84.4 peratus daripada 545 pengundi awal telah menjalankan tanggungjawab mereka semalam, di empat pusat pengundian dan sejumlah 52,744 lagi pengundi akan menunaikannya pada Selasa depan. – BERNAMA

https://youtu.be/hXhwk38wF_I

Tags: MIC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

21/12/2025
0

BUTTERWORTH: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua kepada MIC untuk membuat ketetapan pendirian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd