• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suhaimi Hanya Terima Jadi Calon BN Selepas Dipujuk

oleh Ahmad Albab
01/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Suhaimi Sabudin, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, pada mulanya enggan menerima tawaran menjadi calon BN kerana merasakan tanggungjawab sebagai calon pilihan raya dan wakil rakyat terlalu berat.

Bagaimanapun, Suhaimi, 43, mengubah pendiriannya setelah dipujuk anggota keluarga dan rakan-rakannya.

Ibunya, Che Jan Ahmad, 70, berkata anak ketiga daripada tujuh beradik itu merasakan tanggungjawab bakal dipikulnya adalah berat jika menjadi calon dan lebih-lebih lagi jika memenangi PRK itu.

“Dia cakap dia tak mau kalau boleh. Selama ini dia aktif dalam politik pun sekadar ikut je, takde pun hasrat sehingga menjadi wakil rakyat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Guar Jering dekat sini hari ini.

Che Jan berkata minat Suhaimi dalam politik adalah kerana dorongan arwah datuknya Ahmad Din yang juga aktif dalam politik dan pernah menjadi ketua Umno cawangan.

“Dia memang dari kecik diberi semangat oleh tok wan (datuk) dia mengenai perjuangan UMNO. La ni turn (Sekarang giliran) cucu dia pulak (Suhaimi),” katanya.

Che Jan berkata Suhaimi sebenarnya adalah seorang yang pendiam tetapi suka membantu orang lain termasuk masyarakat di sekitar kampungnya di Guar Jering.

“Dia memang suka tolong orang…orang ada masalah selalu jumpa dia. Ada kematian, kenduri dia akan sampai dulu. Saya percaya kerana itu beliau dipilih sebagai calon memandangkan beliau seorang yang bertanggungjawab dan rapat dengan masyarakat sekitar kawasan ini.

“Dia mahu menjaga masyarakat dan rakyat di Permatang Pauh ini. Sebagai ibu saya cuba memberi semangat kepadanya. Semoga dia terpilih dan dapat buat yang terbaik. Walaupun tanggungjawab itu berat, In sya-Allah dia boleh buat,” katanya.

PRK Permatang Pauh 7 Mei menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi, yang merupakan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

Kawasan Parlimen Permatang Pauh mempunyai 71,890 pengundi dengan kira-kira 70 peratus adalah Melayu. – BERNAMA

Tags: PRK Permatang Pauh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Kit Siang Sokong Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang

11/05/2015
0

KETUA parti DAP Lim Kit Siang menerusi laman blognya hari ini menzahirkan sokongannya terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan...

PRK Rompin & Permatang Pauh: Kejutan Peringatan Untuk BN

08/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh dilihat sebagai 'wake-up call' atau kejutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd