• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Umum Saringan Kesihatan Percuma Untuk Pekerja Swasta

oleh Ahmad Albab
03/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tiga penambahbaikan untuk kebajikan pekerja iaitu memperluaskan cuti tanpa rekod untuk kakitangan awam bagi kes kematian.

Perdana Menteri berkata, PERKESO juga akan menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan percuma untuk pekerja swasta berumur 40 tahun ke atas secara bergerak ke premis majikan dan memperluaskan skim perlindungan kepada semua 6.5 juta pekerja tanpa mengira peringkat gaji.

“Ketika ini cuti tanpa rekod tiga hari hanya dibenarkan untuk kes kematian suami atau isteri, ibu bapa atau anak kakitangan awam, tetapi kini ia diperluaskan kepada ibu bapa mentua, ibu bapa angkat dan anak angkat,” katanya berucap pada majlis perhimpunan Hari Pekerja 2015 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) sebentar tadi.

Perdana Menteri juga menyifatkan sambutan Hari Pekerja 2015 sebagai sejarah baharu apabila buat pertama kalinya dianjurkan bersama dua kesatuan sekerja iaitu MTUC dan CUEPACS. Malah beliau turut kagum sambutan yang pertama kali diadakan di Sarawak itu berjaya menarik kehadiran kira-kira 10,000 pekerja yang dianggapnya terbesar pernah dianjurkan setakat ini.

– Berita Harian Online

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd