• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Kedah Tahan 15 Suspek, Sita 81 Kereta Mewah

oleh Ahmad Albab
30/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kastam Diraja Malaysia Negeri Kedah menyita sebanyak 81 kenderaan mewah diseludup daripada negara jiran bernilai RM2.67 juta melibatkan sebanyak RM4.90 juta sejak Januari lepas sehingga semalam.

Pengarahnya Abdul Latif Abdul Kadir berkata kenderaan itu dirampas di beberapa tempat termasuk Bukit Kayu Hitam, Sungai Petani, Langkawi, Durian Burung di negeri ini serta di Lembah Klang dan Perak.

Beliau berkata pihaknya turut menahan 15 suspek yang terlibat dalam kes tersebut berumur antara 30-an hingga 40-an termasuk seorang penjawat awam berumur 50 tahun.

Katanya kesemua kenderaan tersebut dipercayai diseludup dari Singapura dan Thailand dan dijual di pasaran tempatan pada harga yang jauh lebih murah daripada kenderaan import yang sah.

“Contohnya sebuah kereta import tempatan dijual pada harga RM120,000, tetapi mereka menjualnya dengan harga sekitar RM40,000 dengan dokumen lengkap berserta nombor pendaftaran,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Abdul Latif juga berkata, mereka turut menjual kenderaan itu menerusi laman sosial Facebook.

Menurut beliau ketika pemeriksaan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati ada di antara kenderaan terbabit menggunakan nombor pendaftaran milik kenderaan orang lain dan ada yang tidak wujud dalam sistem pendaftaran.

Katanya, antara kenderaan mewah yang dirampas termasuk Mercedes Benz E240, Porsche Boxter, Maserati, Jaguar, BMW X5, BMW 730Li, Lexus RX300, Mini Cooper, Volkswagen Beetle, Nissan Fairlady dan Volvo XC90.

Katanya pihaknya juga sedang memburu beberapa suspek yang terlibat dalam kes tersebut.

“Suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barangan tidak berkastam,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/hFXMQ2Vjn8o

Tags: Kastam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd