• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Contohi Keupayaan Peniaga Cina Manfaatkan Peluang

oleh Ahmad Albab
30/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Keupayaan ahli perniagaan Cina memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk mengembangkan perniagaan harus dicontohi usahawan masyarakat lain jika mahu berjaya seperti mereka, kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata kejayaan dikecapi peniaga Cina kebanyakannya didorong oleh sikap cepat dan bijak merebut setiap peluang yang ada.

“Ini yang bangsa lain di Malaysia perlu kuasai. Mereka perlu berusaha untuk mempelajarinya daripada ahli perniagaan Cina dan saya secara peribadi mahu melihat kualiti ini dalam kalangan ahli pernigaan bangsa lain,” katanya dalam ucapan pada majlis ulang tahun ke-70 Dewan Perniagaan dan Industri Cina Johor Baharu (JBCCI), di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong dan Presiden JBCCI Datuk Loh Liam Hiang.

Selain menggunakan peluang sebaiknya, Mohamed Khaled berkata peniaga Cina juga menyokong sesama sendiri untuk membolehkan mereka membina jaringan strategik dan berstruktur dalam merencanakan sebuah empayar perniagaan yang luas.

“Disebabkan itu, mereka mudah menembusi pasaran ASEAN dan ini dilakukan menerusi misi dagangan antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berharap JBCCI agar terus menyokong kerajaan dalam menghentikan sentimen perkauman yang dibawa ke negeri ini.

“Kebelakangan ini, ada beberapa pihak kerap mensensasikan isu perkauman dan ini digunakan sebagai senjata politik mereka bagi menimbulkan perpecahan kaum.

“Ini amat tidak sihat, bukan sahaja terhadap perniagaan tetapi lebih penting lagi terhadap pembinaan negara bangsa. Apa juga perselisihan pendapat antara kita, kita perlu selesaikannya secara matang dan bukan mengikut emosi,” katanya.- BERNAMA

Tags: Khaled Nordin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS Santa Barbara (LCS 32) dan USS...

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memujuk semua individu yang pernah bersama parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd