PEREKA fesyen yang berpangkalan di New York, Victoria Beckham berkongsi cerita anak perempuan tunggalnya mempunyai sikap-sikap seperti seorang tomboi.
Walaupun menyukai pakaian jenis gaun, namun puterinya itu, Harper Seven, 4, tidak kekok untuk melakukan aktiviti yang sering kali dilakukan oleh budak lelaki.

“Harper sedikit tomboi. Walaupun gemar memakai gaun tapi dia juga suka memakai boots bola dan bermain di taman melakukan aktiviti lasak bersama abang-abangnya yang mana bagi saya ianya satu perkara yang bagus,” katanya.
Victoria mempunyai tiga lagi anak lelaki iaitu Brooklyn, 16, Romeo, 12, dan Cruz, 10 hasil perkongsian hidup dengan bekas bintang bola sepak terkenal, David Beckham. – MYNEWSHUB.CC
Oleh:  IMANI
https://www.youtube.com/watch?v=loxranWihIs

