• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maghribi Setuju Tambah Kuota Khas Pelajar N.Sembilan

oleh Ahmad Albab
30/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RABAT (Maghribi) – Maghribi bersetuju untuk menyediakan lebih banyak kuota khas bagi pelajar dari Negeri Sembilan melanjutkan pengajian di universiti terkemuka di negara itu.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata persetujuan itu dinyatakan sendiri Menteri Pengajian Tinggi Maghribi Dr Lahcen Daoudi.

Menurut Mohamad, sebelum ini kerajaan Maghribi menyediakan 20 tempat setiap tahun kepada Malaysia untuk menghantar pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke negara itu dan Negeri Sembilan hanya mendapat lima tempat.

“Namun bermula tahun ini, Negeri Sembilan telah mendapat kuota khas yang diberikan kerajaan Maghribi iaitu sebanyak 20 lagi tempat menjadikan 25 tempat kesemuanya.

“Sebentar tadi, Dr Lahcen telah menyatakan persetujuan untuk meningkatkan jumlah kuota khas tersebut khusus untuk Negeri Sembilan,” katanya semasa berucap pada jamuan malam bersama pelajar Negeri Sembilan sempena lawatan tiga hari ke Maghribi, pada Rabu.

Majlis turut dihadiri Dr Lahcen Daoudi dan pemangku Datuk Bandar Rabat Ibrahim Al Jumari.

Mohamad berkata persetujuan itu sekali gus membantu Negeri Sembilan meningkatkan penghantar pelajar ke negara berkenaan dan mengurangkan penghantaran ke Mesir dan Jordan yang dilihat tidak kondusif untuk pembelajaran.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengajian Tinggi Maghribi Dr Lahcen kerana menyediakan kuota khas ini dan diharapkan dengan langkah ini, lebih ramai pelajar Negeri Sembilan belajar di negara ini,” katanya.

Pada majlis tersebut Mohamad turut menerima replika kunci yang disampaikan Ibrahim sebagai tanda persahabatan.

Mohamad berkata menerusi persahabatan yang baru terjalin itu, pemangku Datuk Bandar Rabat telah menyatakan persetujuan untuk memastikan kebajikan pelajar Negeri Sembilan yang menetap di bandar itu, terjamin.

Kini, terdapat 34 pelajar dari Negeri Sembilan melanjutkan pengajian tinggi dalam pelbagai bidang di Maghribi. – BERNAMA

Tags: Mohamad Hasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

PLKN Akan Dilaksanakan Semula – Mohamad

09/10/2023
0

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd