• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Pengundi Yang Tinggi Penting Untuk Capai KPI

oleh Ahmad Albab
29/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Jumlah pengundi yang tinggi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin penting bagi memastikan matlamat Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi setiap 38 peti daerah mengundi (PDM) di kawasan Parlimen itu dicapai.

Bagi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, pengumuman cuti umum bagi Pahang pada Selasa depan adalah tindakan yang baik kerana dapat memberi peluang kepada pengundi PRK Rompin keluar mengundi.

Hishammuddin, yang juga ketua penyelaras jentera BN bagi PRK Rompin berkata jentera BN perlu memikirkan cara untuk membawa pulang kira-kira 6,000 pengundi PRK Rompin yang tinggal di luar, untuk pulang mengundi.

Beliau berkata dengan bertambahnya jumlah pengundi yang keluar mengundi, ia sekali gus dapat menambah jumlah majoriti dan memberi kemenangan besar buat Barisan Nasional.

“Untuk itu, jentera BN perlu bergerak lebih aktif bagi memastikan jumlah pengundi yang keluar mengundi pada PRK Parlimen Rompin pada 5 Mei ini meningkat,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Media Kolej Komuniti Rompin, di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai jentera BN, Hishammuddin berkata beliau amat berpuas hati dengan perjalanan jentera parti komponen itu di peringkat PDM.

“Jentera kami memang sudah kuat dan mereka tahu apa yang perlu dibuat. Itu merupakan kelebihan jentera kami. Jadi apa yang harus kami pastikan sekarang adalah jumlah yang keluar mengundi itu meningkat,” katanya.

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi itu selepas penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Ketika diminta mengulas mengenai DAP dan PKR yang tidak turun padang untuk berkempen dalam PRK Rompin, beliau berkata: “Saya tidak nampak sebarang sepakat antara mereka (pembangkang)”.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu bercakap mengenai mereka kerana saya tidak ingin jentera BN alih fokus kepada hal lain. Apa yang penting, kami BN bersatu padu dan bergerak sama-sama untuk menang dalam PRK ini,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/Uhz4HkLuokk

Tags: Hishammuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya mempertahankan kawasan Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari...

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

12/11/2022
0

PRU15 | Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada anggota tentera di Bera, Pahang, sudah mengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd