• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nak Tengok Showcase Siti Secara Percuma? Baca Ni…

oleh AK-47
29/04/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini kami ada menyiarkan tentang satu showcase Mother’s Day Miracle Night with Siti Nurhaliza yang dianjurkan oleh OMGFest Ventures pada 15 Mei depan.

BACA: Siti Nurhaliza Menyanyi Sambil Memasak Dalam Showcase Hari Ibu 

Namun, dalam sidang media kali kedua yang diadakan di Menara Kuala Lumpur ini adalah khas bagi memperkenalkan barisan penaja yang mahu turut serta beramal untuk anak-anak yatim Pusat Jagaan Budaya Harapan.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza mendedahkan terdapat dua pelawak terkenal iaitu Nabil dan Angah yang bakal bergandingan dengannya dalam memeriahkan hari ibu.

Siti Nurhaliza bersama barisan penaja bagi showcase Mother's Day Miracle Night.
Siti Nurhaliza bersama barisan penaja bagi showcase Mother’s Day Miracle Night.

DSC04011“Pada malam itu, saya akan berkolabrasi dengan Nabil dan Angah untuk menyanyikan satu lagu khas buat semua ibu dan para peminat.

“Alhamdulillah, pihak penganjur memaklumkan bahawa tiket showcase ini hanya tinggal 30%. Jadi cepat-cepat dapatkannya,” kata Siti Nurhaliza.

Pada acara showcase ini, Siti Nurhaliza bakal membawa kelainan dengan menyanyi sambil memasak buat peminat bertuah.

BACA: Diam-Diam Siti Nurhaliza Bakal Lancar Jenama Tudung

Sementara itu, Nouvelles Visages selaku penaja utama telah berbesar hati menawarkan empat tiket VVIP secara percuma kepada dua pasangan bertuah untuk menyaksikan showcase ini sekaligus berpeluang untuk beramah mesra bersama Dato’ Siti Nurhaliza.

Pengurus Urusan Nouvelles Visages, Rita Dato' Sosilawati yang ditemui Mynewshub baru-baru ini.
Pengurus Urusan Nouvelles Visages, Rita Dato’ Sosilawati yang ditemui Mynewshub baru-baru ini.

Menurut Pengurus Urusan Nouvelles Visages Rita Dato’ Sosilawati, caranya amat mudah, dengan hanya merakam gambar selfie bersama ibu tersayang dengan mempamerkan mana-mana produk Nouvelles Visages bersertakan #nvmothersday dalam laman Instagram.

“Bagi yang berminat, pastikan akaun anda tidak private dan tarikh tutup penyertaan berakhir pada 11 Mei ini.

“Ini adalah peluang yang baik buat para peminat termasuk saya untuk berinterasi bersama penyanyi tersohor, Dato’ Siti. Apatah lagi, dengan kemunculan pelawak-pelawak terkenal Nabil dan Angah,” ujar Rita.

Mengulas mengenai acara yang bakal berlangsung, Rita menyatakan pihaknya akan memperkenalkan packaging baru jenama kosmetiknya sekali gus mengadakan demonstrasi mekap dan cabutan bertuah buat tetamu yang hadir.

Tiket-tiket untuk persembahan istimewa Hari Ibu ini yang berharga RM399, RM599, RM799 dan RM999 sudah mula dijual menerusi www.redtix.airasia.com atau boleh menghubungi talian 03-89573348. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH
Foto/Video: RIZA RAZAK

https://www.youtube.com/watch?v=9dhEYbMRfpM&feature=youtu.be

Tags: siti nurhaliza
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakai Jam Tangan Mewah Jutaan Ringgit, Siti Memang Layak

08/11/2021
0

PETALING JAYA – “Dia layak memakainya.” Itu antara respons orang ramai mengenai video tular memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk...

Siti Nurhaliza, Suami Dikompaun RM10,000 Setiap Seorang

27/05/2021
0

SHAH ALAM - Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd