• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebulan Kahwin, Suami Penyanyi ‘Sakitnya Tuh Disini’ Menghilang

oleh AK-47
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sangka, penyanyi yang popular dengan lagu Sakitnya Tuh Disini yang dikenali sebagai Cita Citata sememangnya pernah mengalami pengalaman pahit apabila ditinggalkan suami selepas sebulan perkahwinan.

Pendedahan Cita atau nama sebenarnya, Cita Rahaya, 21, sekaligus menjawab status penyanyi yang rupa-rupanya adalah seorang janda muda.

Menurut Cita, dia tidak pernah bercakap terbuka mengenai statusnya kepada pihak media di Indonesia namun tidak berniat untuk merahsiakan perkara itu.

Gambar perkahwinan Cita bersama bekas suami mula tersebar di Internet.
Gambar perkahwinan Cita bersama bekas suami mula tersebar di Internet.

“Soalan sama ada saya solo atau pun sudah berkahwin tidak pernah ditanya namun sekiranya ada pertanyaan, pasti saya akan jawab dengan jujur,  saya seorang janda,” jelasnya.

Kata Cita, berita perkahwinannya bersama bekas suami, Galih Purnama terbongkar selepas lelaki itu muncul memberi kenyataan kepada media selepas sudah menghilangkan diri hampir tiga tahun.

“Saya berkahwin pada usia 18 tahun dan rumah tangga kami bertahan selama sebulan sebelum dia menghilangkan diri.

“Dia langsung tidak pernah menghubungi saya sejak itu untuk menyelesaikan kes perceraian kami di mahkamah syariah sehinggalah dia tiba-tiba muncul membuat kenyataan kepada pihak media tentang perkahwinan kami,” katanya lagi.

Bagaimanapun penyanyi yang semakin melonjak popular di Malaysia ini tidak pernah menyesal berkahwin muda kerana banyak mengajar dirinya sehinggalah dia mampu bergelar selebriti.

Bagi Cita, kemunculan bekas suaminya itu dianggap sebagai rahmat kerana perceraian mereka akhirnya dapat disahkan oleh mahkamah. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

Oleh: FARAH

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

31/10/2026
0

MELAKA - Kerjasama UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bakal menjadi medan menguji formula politik yang...

Parti BERSAMA Turun Dengan Rendah Diri Tetapi Diiringi Daya Juang – Rafizi

Parti BERSAMA Turun Dengan Rendah Diri Tetapi Diiringi Daya Juang – Rafizi

31/10/2026
0

MELAKA - Pengasas parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan proses penamaan calon bagi kesemua 16 calon parti itu yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd