• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Yaman, Pemberontak Setuju Tamatkan Pertempuran

oleh Ahmad Albab
21/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANAA – Kerajaan Yaman dan pemberontak Houthi Syiah mencapai persetujuan untuk menamatkan keganasan paling buruk sejak beberapa tahun lalu di ibu negara Sanaa, menurut wakil khas PBB, Jamal Benomar.

Pertempuran yang meningkat pada Khamis lalu selepas beberapa siri bantahan adalah cabaran utama peralihan demokrasi yang disokong PBB selepas pemimpin veteran, Ali Abdullah Saleh dipaksa berundur pada 2012.

Pertempuran meletus semalam di pinggir Sanaa dan pemberontak menyatakan mereka sudah menguasai stesen televisyen negara itu.

Jawatankuasa Keselamatan Yaman pula mengumumkan perintah berkurung di empat kawasan di ibu negara dari jam 9 malam hingga 6 pagi manakala sekolah ditutup sehingga diberitahu kelak.

“Perjanjian ini akan menjadi dokumen negara yang akan membawa kepada keamanan dan meletakkan asas untuk kesepakatan dan untuk keselamatan serta kestabilan,” kata Benomar dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, persiapan sedang dibuat bagi pemeteraian perjanjian itu.

Benomar mengadakan rundingan dengan pemimpin Houthi, Abdulmalek al-Houthi di Saada pada Rabu dan Khamis lalu.

Seorang pemimpin pemberontak Houthi, Abdelmalik al-Ajri, memberitahu Reuters wakil kumpulannya boleh tiba di ibu negara dari Saada hari ini untuk memeterai perjanjian itu bagi menamatkan krisis. – Reuters

 

Tags: Militan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd