• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TUDM Bawa Pulang 102 Rakyat Malaysia Di Nepal

oleh Ahmad Albab
29/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 102 rakyat Malaysia menaiki pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, Nepal hari ini.

Timbalan Panglima TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Che Akmar Mohd Nor berkata pesawat itu kini dalam perjalanan ke Kolkata, India dan dijangka tiba di Pangkalan TUDM Subang malam ini, bergantung kepada keadaan penerbangan.

“TUDM bersedia untuk meneruskan kerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekiranya masih terdapat keperluaan untuk menggunakan pesawat TUDM bagi membawa pulang rakyat Malaysia mahupun menghantar bantuan bekalan keperluan ke Nepal,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata setakat ini, TUDM belum menerima pemohonan baharu daripada MKN untuk operasi berikutnya.

Che Akmar berkata kelewatan sehari jadual penerbangan disebabkan oleh faktor kesesakan trafik udara pesawat bantuan dan komersial keluar masuk dari Kathmandu.

Pasukannya tidak berhadapan dengan apa-apa masalah lain dalam menjalankan misi berkenaan, katanya.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu. Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku.

Setakat ini, tragedi gempa bumi paling teruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun itu, mencatatkan 4,200 kematian dan lebih 7,000 orang cedera.

Terdahulu, Che Akmar menyempurnakan upacara pemakaian pangkat pegawai kehormat kepada lima pegawai Pasukan Simpanan Sukarelawan TUDM (PSSTUDM) terdiri daripada ahli akademik dan tokoh perniagaan. – BERNAMA\

Tags: NEPALTUDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet mengalami masalah enjin semasa penerbangan pulang setelah...

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd