• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maxis Catat Prestasi Kukuh Suku Pertama 2015

oleh Ahmad Albab
27/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOMENTUM yang positif daripada inisiatif transformasi di Maxis kini memacu petunjuk operasi ke arah menaik.

Syarikat mencatat pertumbuhan pelanggan yang kukuh dan penggunaan data yang dipertingkatkan, didorong oleh proposisi nilai yang menarik dan rangkaian berprestasi tinggi pada suku pertama 2015.

Buat kali pertama sejak 2010, Maxis menentang trend suku pertama yang secara tradisionalnya perlahan untuk merekodkan hasil perkhidmatan sebanyak RM2.13 bilion, meningkat 1.6 peratus dari suku keempat 2014.

Suku ini juga menyaksikan Maxis menambah 328,000 pelanggan yang menjana hasil (RGS) baharu, membawa jumlah penuh RGS kepada 12 juta.

Dengan pemodenan rangkaiannya dan pengembangan LTE memberikan peningkatan ketara dalam pengalaman pelanggan dan memacu penggunaan data, Maxis kini mempunyai sembilan juta pengguna Internet mudah alih, manakala penembusan telefon pintar yang dicampur berada pada 57 peratus pada suku ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Morten Lundal berkata ini merupakan satu pemulihan yang kukuh untuk segmen prabayar syarikat.

“Kami kini mencatatkan pertumbuhan empat suku berturut-turut dalam hasil dan pelanggan prabayar. Kami juga melihat peralihan positif dalam segmen pascabayar.

“Kami mengalami impak perolehan selepas kami mengambil langkah untuk mengelak sebarang kemungkinan kejutan bil dengan Maxis, dan selain itu, kami mempunyai hasil bermusim pada suku keempat 2014. Oleh itu, kami selesa dengan penurunan bersih yang marginal,” katanya dalam kenyataan.

Keuntungan pada suku pertama meningkat kepada RM455 juta berbanding RM419 juta dicatatkan pada suku sebelumnya, didorong terutamanya oleh pendapatan sebelum faedah yang lebih tinggi, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) suku ke suku.

Maxis akan meneruskan dengan perbelanjaan modal yang tinggi bagi tahun 2015 melebihi RM1.1 bilion untuk melengkapkan pemodenan rangkaiannya, memacu pengembangan 4G LTE, serta meningkatkan kapasiti dan kualiti.

Maxis turut menerajui liputan penduduk 4G LTE di negara ini, menghampiri 39 peratus daripada penduduk dan meliputi pusat pasaran utama dan ibu negeri.

Syarikat telah mengumumkan dividen interim pertama sebanyak lima sen sesaham. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=fE0fZTGb1jI

Tags: Maxis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

40,000 Pelanggan Daftar Pelan Jalur Lebar Fiber Maxis

11/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Maxis Bhd. sehingga hari ini telah menerima lebih daripada 40,000 pelanggan baharu dan sedia ada yang menaik...

Maxis Perkenal Pengalaman Tanpa Risau ‘Zerolution360’

10/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Maxis Bhd hari ini memperkenalkan program pemilikan telefon ‘Zerolution360’ yang menawarkan pelanggan pengalaman tanpa risau untuk semua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd