• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bawa Asean Dekat Di Hati Rakyat Dengan Makanan

oleh Ahmad Albab
28/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usaha merakyatkan Asean bukanlah satu tugas mudah, apatah lagi apabila sepanjang 48 tahun penubuhan, aktiviti persatuan itu banyak bertumpu terhadap peringkat kepimpinan tertinggi kerajaan dan pembuat dasar.

Sebagai pengerusi Asean tahun ini Malaysia memegang tugas berat mempromosi Asean kepada rakyat jelata atau rakyat ‘marhaen’, khususnya masyarakat negara ini.

Persoalannya bagaimanakah Asean itu dapat dibawa dekat kepada rakyat?

Jawapannya mungkin terletak di perut. Atau lebih tepat lagi, makanan.

CITARASA YANG SAMA

Chef Wan Khairul Hakimin Wan Muhammad berkata, secara amnya masakan Asia Tenggara mempunyai dua ciri utama iaitu rasa pedas dan manis.

Mengambil contoh hidangan yang menjadi identiti kepada beberapa negara anggota Asean, seperti Indonesia dengan gado-gado, Malaysia (nasi lemak), Thailand (tom yam), Brunei (ambuyat), Vietnam (spring roll), Kemboja (amok), kesemua masakan tersebut mempunyai unsur sedikit pedas atau dimakan dengan kuah yang pedas.

“Makanan di rantau ini (Asia Tenggara) mempunyai keunikannya yang tersendiri. Jika dilihat sekali imbas, ada beberapa persamaan dalam jenis makanan di beberapa negara dari sudut kemanisan dan kepedasan makanan.

“Kedua-dua ciri yang saya sebutkan tadi mempunyai nilai tinggi dalam masakan di rantau ini kerana lidah masyarakat kita seolah-olah sudah diasah untuk menjamah makanan yang mempunyai rasa pedas atau manis,” katanya kepada Bernama.

BERKONGSI HIDANGAN

Makanan antara negara-negara Khatulistiwa ini turut mempunyai persamaan seperti pecal di Malaysia yang menyerupai gado-gado, manakala amok turut terdapat di Thailand dan Laos namun dalam versi yang sedikit berbeza.

“Masakan mereka menjadi berbeza kerana bahan-bahan yang terdapat di negara mereka. Cuaca dan ekosistem yang tersendiri menyebabkan ada antara masakan ini hanya memang terdapat di sana.

“Tetapi, jika kita mahu mencuba masih juga boleh, cuma akan terdapat sedikit perbezaan dari segi rasa,” kata penulis blog kulinari kuahkari.com itu.

Katanya penduduk Asia Tenggara juga berkongsi makanan ruji yang sama iaitu nasi dan semua negara mempunyai resepi nasi goreng dan bubur nasi tersendiri.

Sebagai contoh di Filipina, lebihan nasi daripada makan malam biasanya digoreng dengan bawang putih untuk dimakan sebagai sarapan. Hidangan ini dikenali sebagai sinangag.

GEMAR PADA YANG MANIS

Selain rasa pedas dan berempah, orang Asia Tenggara juga terkenal dengan ‘sweet tooth’ atau gemar kepada makanan manis.

Satu bahan yang sentiasa ada dalam resipi pencuci mulut dan kuih-muih negara di Asia Tenggara ialah pulut.

“Jika diperhatikan di Thailand, masakan manis seperti pulut mangga sangat diminati. Malah, kita juga mempunyai variasi pulut manis sendiri seperti kuih seri muka,” jelas Chef Khairul.

Pulut juga adalah bahan asas dalam pelbagai masakan Myanmar seperti sihtamin; iaitu pulut yang dimasak dengan minyak dan kunyit seperti pulut kuning Malaysia dan htamanè (pulut dimasak dengan kelapa goreng, kacang tanah goreng dan halia).

Sementara itu di Vietnam, bubur pulut hitam adalah satu daripada pencuci mulut yang diminati di sana sama seperti di Malaysia. Apa yang membezakan hidangan antara kedua-dua negara ini ialah di Vietnam bubur tersebut biasanya dinikmati bersama mangga manis, berbanding rakyat Malaysia yang menggunakan santan pekat.

KENALI ASEAN MENERUSI MAKANAN

Bermula hujung tahun ini Asia Tenggara akan bertukar kepada zon pasaran dan perdagangan bebas dengan tertubuhnya Komuniti Asean.

Berasaskan tiga tonggak utama iaitu Komuniti Ekonomi Asean (AEC), Komuniti Politik-Keselamatan Asean (APSC) dan Komuniti Sosio-Budaya Asean (ASCC), langkah penubuhan komuniti itu bertujuan untuk mengukuhkan hubungan rakyat sesama negara anggota, selain membangunkan lagi ekonomi serantau.

Sehubungan itu rakyat Asean, khususnya Malaysia, haruslah mengambil peluang untuk lebih mengenali jiran-jiran mereka agar tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Chef Khairul percaya makanan tradisional mampu menjadi tali penghubung dalam menyemarakkan lagi semangat ukhuwah dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa, agama dan bahasa di rantau ini.

“Makanan akan sentiasa mendapat tempat yang istimewa di hati masyarakat. Sesuatu masyarakat itu juga dapat dikenali dengan lebih baik menerusi makanan mereka,” kata pemilik Studio Abuain Kitchen itu menutup bicara.

Oleh hal yang demikian, setelah mengetahui betapa banyaknya persamaan makanan kita dengan makanan rakyat Asia Tenggara lain, tidakkah pembaca ingin mengambil tahu lebih banyak lagi tentang Asean? Tepuk dada tanyalah selera. – BERNAMA

Tags: ASEANmakanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd