• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi SAR Rakyat Malaysia Di Nepal Bermula

oleh Ahmad Albab
28/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), yang digerakkan untuk membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi di Nepal, berlepas ke Kathmandu pada 6.30 pagi tadi.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata pasukan tersebut terdiri daripada 30 anggota SMART dan 20 doktor berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang menaiki pesawat TUDM C-130.

“Tiga misi utama kami ialah membantu usaha mencari dan menyelamat, merawat mangsa dengan membuka hospital lapangan dan membawa pulang rakyat Malaysia di Nepal,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata 20 doktor perubatan terdiri daripada anggota MERCY Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia, yang turut membawa bersama peralatan dan bekalan perubatan.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu. Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku.

Setakat ini, tragedi gempa bumi paling teruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun itu, mencatatkan 3,218 kematian dan lebih 6,500 orang cedera. – BERNAMA

Tags: NEPALoperasi SAR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

16/09/2025
0

Pertama sekali, tidak ada keperluan untuk Malaysia menjadi seperti kedua negara berkenaan. Di Malaysia, secara umum semua rakyat ada kerja...

Isteri Bekas PM Nepal Maut Selepas Rumah Dibakar Perusuh

Isteri Bekas PM Nepal Maut Selepas Rumah Dibakar Perusuh

10/09/2025
0

KATHMANDU: Isteri bekas Perdana Menteri Nepal, Jhalanath Khanal, maut selepas penunjuk perasaan membakar rumah mereka di kawasan Dallu, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd