• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Bantuan AS Berlepas Ke Zon Gempa Nepal

oleh Ahmad Albab
27/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Sebuah pesawat tentera digunakan untuk menghantar pasukan penyelamat dan bantuan Amerika Syarikat (AS) ke Nepal bagi memberi bantuan segera selepas gempa bumi kuat menyebabkan lebih 2,500 orang terbunuh.

Pesawat C-17 Globemaster berlepas dari Pangkalan Udara Dover di Delaware pagi semalam dan dijangka tiba di Nepal tengah hari ini, kata pasukan tentera AS.

“Pesawat itu membawa 70 anggota pasukan mencari dan menyelamat AS (USAID) serta beberapa wartawan bersama dengan 45 tan kargo,” kata jurucakap Pentagon Kolonel Steve Warren.

Seorang jurucakap USAID pula berkata, kargo berkenaan sebahagian besarnya adalah peralatan untuk membantu pasukan menyelamat. Turut dibawa bersama pasukan itu adalah enam anjing terlatih untuk mencari mangsa bencana.

“Kami juga sedang menyediakan kelengkapan tambahan terutama bahan untuk membina penempatan sementara.

Kami jangka peralatan berkenaan akan dapat dibawa ke sana dalam tempoh beberapa hari lagi,” katanya.

Anggaran awal misi bantuan daripada pasukan tentera dijangka membabitkan kos AS$700,000 (RM2.5 juta), kata jurucakap itu.

Ketika ini ada 26 anggota tentera AS dan sebuah pesawat pengangkut C-130 di Nepal yang sebelum ini dijadualkan terbabit dalam latihan ketenteraan di sana. – AFP

Tags: gempa bumiNEPAL
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd