• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Peserta Program Kayuhan KE7B Di Nepal Selamat

oleh Ahmad Albab
28/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga belas peserta program Kayuhan Altitud Tinggi Annapurna Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B), termasuk dua petugas media, dilaporkan selamat dalam kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 di kawasan Himalaya tengah hari semalam.

Presiden program itu, Muhamad Muqarabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali dengan nama Qobin berkata kesemua peserta program berlepas ke Kathmandu pada 24 April lepas dan dijadual memulakan aktviti kayuhan bermula hari ini sehingga 4 Mei depan.

“Berdasarkan maklumat terkini, kesemua peserta berada dalam keadaan sihat dan selamat di hotel penginapan di Kathmandu.

“Gempa bumi yang berlaku itu dikhabarkan hanya dalam lingkungan 100km dari Kathmandu. Mereka juga telah menghubungi ahli keluarga mereka di Malaysia memaklumkan perkhabaran mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Angka kematian kini dilaporkan sudah melebihi 1,900 orang. Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya, Kathmandu dan bandar Pokhara, pada 2.56 petang (waktu Malaysia) semalam.

Muhamad Muqarabbin berkata pihaknya berkemungkinan menangguhkan program itu kerana talian perhubungan komunikasi dan penggunaaan Internet terhad selain beberapa laluan jalan raya ditutup untuk lalu lintas akibat bencana alam itu.

“Selain itu, pihak kami turut menerima maklum balas daripada anggota keluarga peserta yang meminta program itu dibatalkan atas faktor keselamatan.

“Pihak kami sedang menunggu perkembangan lanjut daripada penganjur program berkenaan di Nepal. Sebarang keputusan sama ada ekspedisi diteruskan atau dibatalkan akan dimaklumkan pada malam nanti,” katanya, dan menambah kata bahawa
beliau sendiri tidak dapat mengikuti ekspedisi itu apabila penerbangannya semalam ditunda berikutan kejadian gempa bumi, menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kathmandu ditutup.

Beliau berkata mengikut perancangan awal, peserta ekspedisi dijadual menaiki bas menuju ke Beshisahar bagi memulakan kayuhan hari ini, namun terpaksa dibatalkan kerana ada beberapa jalan ditutup.

Muhamad Muqarabbin berkata ekspedisi itu merupakan latihan persiapan dan pemilihan peserta untuk melaksanakan ekspedisi rekod dunia kayuhan dan pendakian Tanjung Piai-Everest Tibet pada tahun depan.

Bagaimanapun, usaha untuk menghubungi wartawan BERNAMA TV, Nazahiyah Mohd Hadzir yang mengikuti program itu gagal termasuk menerusi aplikasi WhatsApp, yang tidak aktif.

Sementara itu, seorang daripada anggota keluarga rakyat Malaysia, Setiausaha Akhbar di Jabatan Ketua Menteri Sabah Afieza Khan menzahirkan rasa syukur apabila dapat menghubungi anggota keluarganya yang sedang bercuti di Kathmandu menerusi aplikasi WhatsApp sejak kejadian gempa bumi itu.

“Alhamdulillah, anggota keluarga saya selamat. Mereka akan pulang ke atanah air (Kota Kinabalu) Rabuini , InsyaAllah. Terima kasih atas doa dan ingatan anda semua,” katanya kepada Bernama.

Afieza berkata bapanya Gulam Khan, 66, dan ibunya Aishah Abdullah, 65, melawat adiknya Serena Khan, dan iparnya Ismael Toorawa yang bekerja dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu di Nepal.

Menceritakan kejadian yang menimpa keluarganya, Afieza berkata mereka sekeluarga yang sedang bercuti terkandas di sebuah pusat peranginan berhampiran Kathmandu.

“Ketika kejadian semua anggota keluarga termasuk tiga kanak-kanak baru tiba di hotel penginapan dan pihak hotel meminta mereka berada di luar hotel.

“Kini, mereka sekeluarga sudah kembali ke rumah di Kathmandu dan bernasib baik kerana semuanya berkeadaan baik,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/FXElzyjwnsg

Tags: gempa bumi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd