• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan Lebih Akan Diminta Bagi Pembangunan Permatang Pauh

oleh Ahmad Albab
26/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan meminta peruntukan lebih untuk pembangunan kawasan Parlimen ini jika pengundi memberi peluang kepada calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin 7 Mei nanti.

Katanya setiap anggota Parlimen yang mewakili BN akan diberi peruntukan RM5 juta oleh kerajaan pusat bagi pembangunan serta perbelanjaan lain termasuk kebajikan rakyat.

“Saya akan meminta peruntukan lebih daripada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kepada Suhaimi kerana penduduk Permatang Pauh sudah tunggu lama untuk pembangunan dan membaiki kemudahan infrastruktur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pusat Transformasi Komuniti Bergerak untuk penduduk Permatang Pauh di Kampung Belah Dua, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata pengundi Permatang Pauh harus ‘mencuba’ keikhlasan Suhaimi untuk berkhidmat tiga tahun selepas 17 tahun mereka menyokong pembangkang tetapi tidak mendapat apa-apa pembangunan.

Berdasarkan pemerhatiannya setelah seminggu berkampung di sini, Ahmad Zahid berkata penduduk Permatang Pauh khususnya di kawasan pinggir bandar dan kampung sememangnya dahagakan kemajuan dan inginkan pembelaan wakil rakyat terhadap golongan miskin tegar.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata selepas penamaan calon semalam sehingga pagi tadi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan yang boleh membawa kepada siasatan dan penangkapan bagi kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Beliau berkata pihaknya telah memberi nasihat kepada jentera BN supaya menjaga tingkah laku dan lebih berdisplin sepanjang tempoh berkempen dan mengingatkan penyokong tidak melakukan atau menyambut provokasi mana-mana pihak. – BERNAMA

Tags: PRK Permatang Pauh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Kit Siang Sokong Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang

11/05/2015
0

KETUA parti DAP Lim Kit Siang menerusi laman blognya hari ini menzahirkan sokongannya terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan...

PRK Rompin & Permatang Pauh: Kejutan Peringatan Untuk BN

08/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh dilihat sebagai 'wake-up call' atau kejutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd