• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Projek PR1MA Dilancar Di Rompin 4 Mei

oleh Ahmad Albab
26/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Kerajaan Pahang akan melancarkan tiga projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan jumlah keseluruhan 680 unit rumah di Parlimen Rompin pada 4 Mei ini, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata sebanyak 260 unit PR1MA akan dibangunkan di Sungai Puteri, 260 unit di Muadzam Shah dan 160 unit lagi di mukim Pontian di sini.

“Projek di bawah kerajaan negeri Pahang ini akan ditawarkan kepada pembeli dengan harga RM150,000 seunit,” katanya pada majlis penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang (HPC) dan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) oleh Yayasan Pahang di sini hari ini.

Adnan berkata kerajaan Pahang juga akan memperuntukkan RM1.1 juta untuk membaiki sistem paip di kawasan Sungai Puteri, Kuala Rompin di sini.

Katanya beliau telah mengenal pasti permasalahan air di kawasan itu adalah disebabkan oleh keadaan paip yang sudah usang dan perlu ditukar segera.

“Saya terima aduan bahawa tekanan air di kawasan Sungai Puteri rendah dan saya telah minta Pengurusan Air Pahang Berhad keluarkan peruntukan untuk menggantikan paip lama dengan paip baharu yang dijangka siap dalam tempoh enam bulan,” katanya.

Dalam pada itu Adnan berkata kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang tetap komited untuk membantu meringankan beban ibu bapa dengan menyediakan bantuan pelajaran kepada semua pelajar yang layak.

“Yayasan Pahang akan terus pastikan pelajar di negeri ini akan mendapat peluang pendidikan yang secukupnya,” katanya.

Pada majlis itu, 348 pelajar tingkatan satu hingga tingkatan empat di daerah ini menerima BSM berjumlah RM600 seorang manakala 22 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Menengah Agama dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2014 menerima anugerah HPC berupa sijil dan wang insentif sebanyak RM250 hingga RM300 seorang. – BERNAMA

Tags: PR1MA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

07/05/2023
0

SEREMBAN: Seramai 891 pemilik unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini yang sebelum ini membantah tindakan pemaju gagal...

Rakyat Malaysia Tanpa Slip Gaji, Kini Lebih Mudah Buat Pinjaman Perumahan – PM

04/03/2022
0

JOHOR BAHRU: Golongan Keluarga Malaysia yang tidak mempunyai slip gaji, kini boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah idaman masing-masing, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd