• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akrab Semacam, Afgan & Rossa Dilamun Cinta?

oleh AK-47
28/04/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK akhir-akhir ini nama penyanyi dari Indonesia, Afgan dan Rossa sering dikaitkan bersama hingga muncul dakwaan kononnya mereka sedang dilamun cinta.

Gosip ini muncul selepas Rossa berkongsi gambar video call dari Paris bersama Afgan di laman Instagram lantas mencetuskan spekulasi bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa.

Mynewshub sempat bertanya sendiri pada Afgan atau nama sebenarnya Afgan Syahreza ketika bertemu penyanyi berlesung pipit dalam ini sempena showcase Terima Kasih Cinta With Afgan di Menara Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Ternyata, Afgan menafikan gosip tersebut dengan menyifatkan bahawa hubungan akrab yang terjalin bersama Rossa hanyalah sekadar adik dan kakak.

“Hubungan saya dengan Ocha (panggilan manja kepada Rossa) begitu akrab seperti adik dan kakak. Malah, sejak kebelakangan ini kami kerap bersama termasuk kerana komitmen sebagai juri pertandingan X Factor Indonesia.

“Saya memang selesa dengan Ocha dan sejak lima tahun mengenalinya, dia antara rakan wanita paling rapat dengan saya,” kata Afgan.

Dalam pada itu, kini timbul kontroversi terbaharu melibatkan Afgan apabila dia dikatakan tidak sensitif gara-gara terlalu mesra melayan peminat hingga tidak kisah untuk berpelukan dengan mereka.

Mengulas isu itu Afgan berkata, dia sememangnya tidak kisah untuk berpelukan dan bermesra bersama peminatnya.

DSC03884 DSC03885

“Saya juga suka ajak peminat perempuan menyanyi bersama atas pentas dan bagi saya itu sesuatu yang romantis. Tambahan pula, saya adalah seorang penghibur,” ujarnya lagi.

Showcase Terima Kasih Cinta With Afgan yang berlangsung jam 8.30 malam Jumaat lalu, diacarakan oleh pelawak terkenal Didie Alias yang berjaya membuat penonton tidak kering gusi sepanjang acara.

DSC03851DSC_1530

Afgan tampil membawa enam lagu antaranya Terima Kasih Cinta, Pesan Cinta dan Jodoh Pasti Ketemu.

Rata-rata peminatnya nyata terhibur malam itu malah ada yang sampai menjerit bak histeria!

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH
Foto/Video: RIZA RAZAK

https://www.youtube.com/watch?v=Fq8WmIpWfOc

https://www.youtube.com/watch?v=gZxDdiWVDP0

Tags: AfganRossa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rossa Kini Bergelar Datuk Seri

24/10/2018
0

PEKAN - Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Rossa kini bergelar ‘Datuk Seri’ setelah dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)...

Kantoi Berpelukan, Afgan-Rossa Ada Hubungan?

17/12/2017
0

WALAUPUN jarang memuat naik gambar ataupun video bersama, namun ramai sudah mengetahui mengenai hubungan istimewa antara pasangan penyanyi dari seberang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd