• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Nepal: Eksekutif Google Antara Yang Terkorban

oleh Ahmad Albab
28/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Eksekutif Google Inc yang berpangkalan di California, Dan Fredinburg adalah antara mereka yang terkorban dalam runtuhan salji di Gunung Everest berpunca akibat gempa bumi yang menggegar Nepal, kata syarikat berkenaan.

Fredinburg dikatakan mendaki puncak tertinggi di dunia itu bersama tiga lagi kakitangan Google ketika runtuhan salji berkenaan berlaku.

Pegawai Google Inc dalam satu kenyataan berkata, tiada rakan Fredinburg mengalami kecederaan.

Fredinburg, seorang kakitangan kanan Google, adalah ketua satu jabatan di Google X, bahagian penyelidikan di Ibu Pejabat syarikat berkenaan di Mountain View, California.

Kakak Fredinburg, Megan berkata, mendiang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala ketika runtuhan salji itu. “Rohnya dan semangatnya akan terus hidup dalam jiwa kami,” katanya menerusi entri Instagram.

Fredinburg, seorang pendaki berpengalaman sedang mendaki Gunung Everest bersama Jagged Globe, sebuah syarikat yang menganjurkan pendakian gunung.

Ketika mengesahkan kematian Fredinburg, syarikat berkenaan berkata, dua lagi ahli pendakian mengalami kecederaan ringan dalam runtuhan salji berkenaan yang menimpa kawasan base camp. Selain itu, pegawai tentera berkata, pasukan pendaki dari tentera India menemui 18 mayat di Everest.

Sementara itu, Kementerian Pelancongan Nepal hanya mengesahkan 10 kematian tetapi jurucakapnya berkata, angka kematian mungkin meningkat dan runtuhan salji berkenaan meranapkan sebahagian besar base camp.

Gempa bumi semalam yang berpusat di antara dua bandar terbesar di Nepal iaitu Kathmandu dan Pokhara, adalah kawasan paling teruk dilanda gegaran di negara yang memiliki 28 juta penduduk.

Gempa itu berlaku dalam tempoh 81 tahun dan menyebabkan kira-kira 1,400 terkorban. – Reuters

 

Tags: gempa bumi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd