• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

oleh Ahmad Albab
25/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PATTANI/NARATHIWAT – Lapan orang cedera dalam letupan bom di Narathiwat dan Pattani hari ini.

Dalam kejadian di Narathiwat, seorang bapa dan tiga anaknya, yang berumur empat, enam dan lapan tahun cedera ringan apabila bom meletup ketika mereka dalam perjalanan dari rumah ke padang sukan, menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Takbai, Kolonel Jiradej Prasawang, kejadian pada 8.15 pagi itu membabitkan bom buatan sendiri yang dipasang dalam tong gas memasak seberat 20 kg yang ditanam di tepi jalan meletup setelah diaktifkan dengan walkie talkie.

“Sebutir lagi bom yang ditemui 60 meter dari tempat kejadian pertama seberat 10 kg dapat dimusnahkan skuad pemusnah bom,” katanya.

Sementara itu di daerah Mayo, Pattani, sebutir bom buatan sendiri meletup di tepi jalan Mayo-Tungyangdaeng menyebabkan empat pegawai keselamatan yang terdiri daripada dua anggota rela dan dua anggota tentera cedera ringan dalam satu insiden awal pagi.

Ketua Polis Daerah Mayo, Kolonel Jiraseth Dao-ngentrakul, berkata tiga meter dari tempat kejadian itu pihak keselamatan menjumpai sebutir lagi bom yang dipasang dalam tong gas seberat 20 kg dan ia berjaya dimusnahkan.

“Pihak keselamatan juga menemui dua lagi bom seberat 50 kg di bawah jambatan, iaitu 100 meter dari tempat kejadian letupan bom itu dan turut berjaya memusnahkannya,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=gwROneIvheI

Tags: letupan bomThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd