• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Etai Salai Turut Terima Tempias PRK Pengkalan Kubor

oleh Ahmad Albab
21/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Etak salai turut terima tempias sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor sehingga dapat dijual sebanyak 30 kilogram (kg) dalam tempoh lima jam.

Etak salai itu sebelum ini hanya popular dalam kalangan penduduk tempatan namun mendapat sambutan luar biasa dengan dengan kehadiran penyokong dan anggota parti politik dari luar yang berkampung di sini sempena PRK itu.

Etak dalam dialek Kelantan adalah sejenis cengkerang dan disalai dengan menggunakan serai, garam dan bawang putih serta menjadi sumber mata pencarian bagi kebanyakan penduduk di kawasan pinggir sungai di Pengkalan Kubor di sini.

Seorang peniaga, Siti Esah Mat Ali, 57, dari Kampung Palekbang, di sini mampu meraih pendapatan sehingga RM500 sehari sejak seminggu yang lalu.

“Sebelum ini saya jual dalam 20 kg sehari tetapi melihat kepada permintaan yang tinggi sejak musim PRK ini saya menambah bekalan kepada 30 kg sehari,” katanya ketika ditemui Bernama.

Beliau yang menjadikan perniagaan itu sebagai mata pencarian sejak 24 tahun itu berkata bekalan etak mentah diambil daripada pemborong.

Etak salai yang dibungkus dengan menggunakan kertas itu dijual dengan harga RM12 sekilogram.

“Bergantung kepada permintaan pelanggan kadangkala ada juga yang beli tiga kg untuk dibawa balik ke negeri mereka,” katanya.

Seorang lagi peniaga etak salai Wan Robiah Wan Ibrahim, 42, berkata sejak dua tahun mengusahakan perniagaan di Kampung Ke Pulau itu sambutan sentiasa menggalakkan dan meningkat pada musim cuti kerana kehadiran pelancong.

“Tetapi sejak seminggu yang lalu saya perlu menempah bekalan makanan laut itu sebanyak 40 kg berbanding sebelum ini hanya 20 kg,” katanya.

Wan Rodiah yang dibantu seorang pekerja berkata memulakan perniagaan seawal pukul 8 pagi dan selalu menutup perniagaan setelah etak salainya habis dijual.

Sementara itu, seorang penggemar etak salai dari Terengganu berkata beliau rasa etak salai di sini berbeza berbanding yang dimakan sebelum ini.

“Pertama kali saya cuba etak salai di sini, rasanya lemak dan sedikit pedas memberi kelainan,” katanya yang berkampung di Kelaboran sempena PRK ini.

Kawasan Pengkalan Kubor menjadi begitu sesak dengan kehadiran penyokong-penyokong parti politik dari seluruh negara yang berkempen untuk memastikan calon parti mereka menang dalam pemilihan pada 25 Sept ini.

Pada PRK itu, calon Barisan Nasional Mat Razi Mat Ail akan ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13, Noor Zahidi mengalahkan Saharun Ibrahim daripada PKR dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA

Tags: PRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mat Razi Janji Jadi Adun Pembela Rakyat

13/10/2014
0

KOTA BAHARU - Mat Razi Mat Ail, 48, yang menang pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor...

Menang Pengkalan Kubor Bukan Bayangan BN Tawan Kelantan

30/09/2014
0

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tidak boleh dijadikan kayu ukur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd