• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jika Ada Bukti Lapor Polis.. SPRM Akan Siasat PM

oleh Ahmad Albab
25/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jika terdapat bukti yang kukuh beliau terlibat rasuah, kata Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) pada Khamis berkata adalah mudah bagi orang ramai untuk membuat tuduhan tetapi suruhanjaya itu tidak boleh bertindak berdasarkan syak wasangka atau jika tidak ada bukti yang kukuh terhadap dakwaan tersebut.

“Jika ada orang yang mengetahui tentang kekayaan Perdana Menteri, mereka tahu apa yang mereka boleh lakukan. Buat laporan polis, tetapi mestilah disertakan dengan bahan.

“Ini bukan soal pergi ke balai polis, gambar anda dikelilingi orang ramai diambil dan menjadi terkenal untuk satu hari.

“Saya tidak mengatakan bahawa PM perlu dilindungi atau tidak harus dipersoalkan.

“Tetapi sebelum kita menuduh beliau terlibat dengan salah laku, sila tampil dengan bukti.

“Jika anda mempunyai bukti yang kukuh, buat laporan dan polis akan menyiasat. SPRM akan bertindak jika terdapat sebarang unsur rasuah.

“Saya menggalakkan sesiapa yang mempunyai bukti salah laku PM untuk tampil ke depan dan membuat laporan. Ini adalah demokrasi,” kata Tunku Abdul Aziz pada satu sidang akhbar di ibu pejabat SPRM di sini.

Tunku Abdul Aziz ditanya jika PM akan disiasat oleh SPRM bagi dakwaan memperoleh kekayaan dengan cara rasuah.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat bersama ahli-ahli baharu lembaga, yang telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong pada 25 Februari tahun ini.

– mStar Online

Tags: Najib Tun RazakSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd