• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nenek Presiden Obama Jalani Ibadah Umrah Di Makkah

oleh
26/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

 

MAKKAH — Nenek kandung dari sebelah bapa kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sempat menyaksikan pameran mengenai kehidupan Nabi Muhammad SAW setelah selesai menjalani ibadah umrah di sini.

Media Arab Saudi pada Rabu melaporkan, Sara Omar Obama; yang berusia 94 tahun, tiba di kota suci kiblat umat Islam itu bersama-sama dengan seorang anak lelakinya, Saeed, di samping juga cucu lelakinya, Mousa Obama.

Mereka dilaporkan gembira melaksanakan ibadah umrah di Makkah. Sara atau nama sebenarnya Sarah Onyago atau nama lainnya, Sarah Ogwei adalah isteri ketiga kepada datuk kandung Obama, Hussein Onyango di Kenya.

Setelah menghabiskan ibadah umrah, Sara melawat sebuah pameran tentang kehidupan Rasulullah SAW dan dia menyatakan, apa yang dilihatnya merupakan contoh terbaik daripada apa disebut sebagai kesederhanaan Islam.

“Saya sangat gembira mengunjungi pameran ini, yang merupakan contoh terbaik penyebaran dakwah Islam dengan cara moden yang disokong pelbagai dokumen ilmiah,” ujar Sara seperti dipetik akhbar harian Arab News.

Sementara itu, harian berbahasa Arab, Akhbar, melaporkan, nenek pemimpin kuasa besar dunia tersebut bahkan sempat dilihat menangis sebak ketika menyaksikan pameran tersebut anjuran pihak kerajaan Arab Saudi.

Kehadiran Sara meskipun hanya dengan berkerusi roda, turut menarik perhatian ramai jemaah apabila menyedari dia adalah nenek Obama serta diiringi kawalan ketat dan layanan istimewa para pegawai Arab Saudi.

Presiden AS itu dikenali sebagai seorang penganut Kristian, namun bapanya, Barack Hussein Obama Senior adalah warga Kenya yang beragama Islam dan pernah berkahwin dengan ibu Obama, Stanley Ann Dunham.

Sebahagian besar daripada adik-beradik malah saudara-mara Obama masih lagi berada di negara Afrika timur bekas jajahan British itu dan kebanyakan mereka setia kekal beragama Islam. – Agensi/A.AMREE

Tags: ibadahKenyaMakkahnenekSaudiumrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

Usaha Bawa Pulang Rakyat Terkandas Di Makkah: TH Belum Terima Laporan Rasmi

Usaha Bawa Pulang Rakyat Terkandas Di Makkah: TH Belum Terima Laporan Rasmi

31/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) masih belum menerima laporan rasmi mengenai beberapa rakyat Malaysia yang terkandas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd