• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi LTAT Angkat Sumpah Sebagai Anggota Dewan Negara

oleh Ahmad Albab
23/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara di sini, hari ini.

Mohd Anwar, 65, yang juga bekas Panglima ATM, dilantik sebagai senator untuk kali pertama, bagi tempoh tiga tahun.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Sementara itu, Abu Zahar mengucapkan tahniah kepada Mohd Anwar atas pelantikannya itu yang menjadi kebanggaan serta penghormatan kepada seluruh pasukan ATM.

“Saya berharap semoga perangai dan perwatakan serta keperibadian tinggi, beradab dan bersopan santun terus dikekalkan dan menjadi contoh dan tauladan kepada ahli-ahli Parlimen,” katanya.

Abu Zahar meminta agar semua anggota dewan memahami segala peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Peraturan-peraturan Mesyuarat.

“Sekarang ini saya berasa risau kerana terdapat segelintir bilangan Ahli Yang Berhormat yang tidak menghormati kemuliaan Dewan Parlimen dan melanggar Peraturan Mesyuarat serta Perlembagaan Negara,” katanya.

Sementara itu, Mohd Anwar yang ditemui di lobi Parlimen berkata pelantikannya adalah penghormatan dan penghargaan tinggi kerajaan kepada Veteran ATM yang telah berjuang dan berkorban dalam mempertahankan negara daripada ancaman pengganas komunis semasa era darurat.

“Sebagai seorang yang dilantik atas platform Persatuan Veteran ATM (PVATM), maka saya akan meneruskan, memperkasa dan menstranformasikan PVATM di samping meneruskan perjuangan dalam usaha menambah baik hal ehwal kebajikan Veteran ATM yang seramai 370,000 secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata antara perkara yang akan difokus ialah menaikkan elaun Veteran ATM, isu perumahan untuk warga Veteran ATM di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan dan kebajikan untuk Orang Kurang Upaya ATM. – BERNAMA

Tags: angkat sumpah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

25/08/2023
0

GEORGE TOWN: Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini. (Ada rancangan...

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

23/08/2023
0

SEREMBAN: Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan akan berlangsung esok. (Ada rancangan nak melancong…atau ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd