• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Selidik i-Akaun KWSP Tidak Relevan

oleh Ahmad Albab
23/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kaji selidik secara dalam talian ‘i-Akaun’ yang diperkenalkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)untuk mendapatkan pandangan pencarum berhubung cadangan penyelarasan umur pengeluaran simpanan ahlinya kepada 60 tahun adalah tidak relevan.

Sebaliknya, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata, pertemuan secara terbuka antara KWSP dengan pihak berkepentingan seperti pekerja dan majikan adalah lebih sesuai.

“Hari ini dalam keadaan orang ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, KWSP tidak seharusnya memperkenalkan kaedah itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

KWSP baru-baru ini meminta ahlinya menimbangkan dua cadangan — melanjutkan umur pengeluaran penuh daripada 55 kepada 60 tahun secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun, atau mengekalkan umur pengeluaran 55 bagi simpanan sedia ada dan memperkenalkan umur pengeluaran baharu pada 60 tahun bagi caruman mereka yang bekerja selepas usia 55 tahun.

Azih berkata, pihaknya berpendirian tegas bahawa cadangan tersebut akan menyebabkan bakal pesara lebih tertekan dengan komitmen sedia ada seperti bayaran perumahan serta perbelanjaan lain. – BERNAMA

Tags: CuepacsKWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd