• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruterbang Tumpah Kopi, Pesawat Presiden Nyaris Nahas

oleh
23/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEOGRAD — Pasukan penyiasat Serbia pada Selasa memutuskan, insiden sebuah pesawat rasmi presiden negara Balkan itu hampir terhempas Jumaat lalu bukan disebabkan masalah sabotaj musuh, cuaca buruk atau teknikal.

Sebaliknya peristiwa tersebut yang nyaris mengorbankan pemimpin Serbia, Tomislav Nikolic akibat pembantu juruterbang secara tidak sengaja tertumpah air kopi ke atas panel instrumen kokpit pesawat jenis Falcon 50 itu.

Hasil siasatan mendapati, penolong kapten tersebut turut tertekan butang pengaktifan panel salah satu bahagian pesawat yang disebut slat ketika cuba membersihkan tumpahan air minuman panas itu daripada merebak.

Akibatnya, slat yang terletak di hujung sayap pesawat berubah sudut, sekali gus menyebabkan pesawat eksekutif buatan Perancis itu tiba-tiba menjunam amat laju, malahan sempat beberapa saat kehilangan tenaga elektrik.

Tomislav Nikolic

Mujur, kapten pilot berjaya menstabilkan posisi pesawat itu dan kembali semula ke ibu kota Serbia, Beograd tetapi mengakibatkan lawatan rasmi Presiden Nicolic ke beberapa negara termasuk ke Vatican City terpaksa dibatalkan.

Terdahulu, pejabat pemimpin Serbia tersebut menyatakan presiden tidak dapat ke luar negara buat masa ini kerana pesawat kerajaan berusia 34 tahun itu yang digunakan mengalami kerosakan dan kerap bermasalah.

Sebagai ganti, Nicolic terpaksa menggunakan pesawat komersial awam jika mahu melakukan kunjungan ke luar negara, manakala pembantu kapten itu dilaporkan telah digantung tugas sementara kerana kecuaian.

Pesawat Falcon 50 tidak lagi dikeluarkan firma Dassault Aviation sejak 2008 dan setakat ini hanya terdapat 352 unit model tersebut masih digunakan pihak tentera udara di 23 buah negara seluruh dunia. – Agensi/A.AMREE

Tags: FalconJuruterbangkokpitpesawatSerbia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

12/07/2025
0

NEW DELHI – Laporan awal nahas Air India yang dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat India (AAIB) pada Sabtu mendapati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd