• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencarum KWSP Boleh Daftar I-Akaun Melalui Pelbagai Cara

oleh Ahmad Albab
21/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang masih belum mempunyai i-Akaun untuk menyampaikan maklumat balas mereka berhubung cadangan mengeluarkan wang simpanan pada usia 55 tahun atau 60 tahun mempunyai pelbagai cara untuk mendaftar i-Akaun.

Mereka boleh mendaftar secara dalam talian (www.kwsp.gov.my), menghubungi pusat panggilan KWSP, datang sendiri ke Kiosk KWSP atau terus ke kaunter KWSP untuk tujuan itu.

“KWSP turut menyediakan kemudahan komputer riba di semua cawangan bagi tujuan memudahkan pencarum mendaftar i-Akaun mereka,” kata seorang pegawai di Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP di Jalan Raja Laut di sini kepada Bernama hari ini.

Bagi yang menghadapi kesulitan seperti tidak mahir menggunakan komputer atau mempunyai masalah membaca, kakitangan kaunter sedia membantu mereka dalam menyampaikan maklumat balas itu, katanya.

Sehingga kini, terdapat kira-kira 1.43 juta pencarum yang mempunyai i-Akaun daripada sejumlah 14 juta pencarum KWSP dan pencarum mempunyai dua minggu bermula hari ini untuk menyatakan pilihan mereka.

KWSP semalam mencadangkan dua pilihan pengeluaran wang caruman ahli dengan yang pertama umur pengeluaran penuh dinaikkan dari 55 ke 60 secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun atau pencarum membuat pengeluaran penuh pada usia 55 tahun dan caruman selanjutnya hanya boleh dikeluarkan pada usia 60 tahun.

Tiga cadangan lain adalah menyelaraskan kuantum caruman minimum dengan undang-undang gaji minimum, melanjutkan bayaran dividen daripada umur 75 tahun kepada 100 tahun, dan memperkenalkan simpanan persaraan patuh Syariah sebagai tambahan kepada skim sedia ada. – BERNAMA

Tags: KWSP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd