• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Jabatan Pendaftaran Negara ‘Kunci Mulut’

oleh Ahmad Albab
21/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertindak ‘mengunci mulut’ berhubung sijil kematian penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac tahun lalu.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Sulaiman Keling berkata, pihaknya tidak akan memberi sebarang komen mengenai sijil kematian mangsa MH370 kerana membabitkan isu sensitiviti terutamanya bagi keluarga mangsa.

“JPN tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai sijil kematian mangsa MH370 kerana kami hanya akan berurusan secara terus dengan keluarga mangsa disamping menjaga sensitiviti semua pihak,” katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014, di sini.

Menurutnya, JPN telah mengadakan perbincangan secara terperinci terhadap aspek perundangan bagi melicinkan sebarang proses yang perlu dilakukan sekiranya terdapat tuntutan berkaitan jabatan itu.

“Selain itu, JPN tidak akan mendedahkan butiran terperinci sijil kematian mangsa MH370 kerana ini melibatkan kematian yang boleh menyinggung perasaan banyak pihak terutamanya keluarga mangsa.

“JPN bertanggungjawab menjaga perasaan kesemua pihak dan hanya keluarga mangsa sahaja yang layak mengetahui hal ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sulaiman ketika berucap pada majlis tersebut memberitahu, JPN akan terus memperkasakan penguatkuasaan bersepadu melalui ‘sinergy multisectoral’ dengan agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta masyarakat awam.

“Kerjasama seumpama ini sudah tentu akan menghasilkan impak yang lebih efektif dalam memerangi isu pemalsuan dan salahguna dokumen oleh individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya. – mStar Online

Tags: JPNMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

25/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan dakwaan membabitkan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru adalah aduan ditularkan semula....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd