• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Mei Keputusan Saman Pemula Gerakan Berhubung Hudud

oleh Ahmad Albab
20/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 7 Mei bagi keputusan berhubung saman pemula difailkan parti Gerakan terhadap kerajaan negeri Kelantan berhubung Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Kerajaan Negeri Kelantan diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri Shahidani Abdul Aziz manakala Gerakan diwakili peguam Andy Yong Kim Seng.

Shahidani dalam hujahnya berkata Mahkamah Tingggi tidak mempunyai kuasa untuk mendengar kes berkenaan kerana tidak mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan dan ia selaras dengan Perkara 128 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Yong dalam hujahannya berkata Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan dan menambah, pihaknya akan merujuk kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan jika permohonan bantahan awal itu ditolak.

Gerakan pada 18 Mac lepas memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini, bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993, yang pindaannya dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada tarikh sama.

Saman pemula itu difailkan oleh tiga anggota parti berkenaan, iaitu Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie melalui Tetuan N. S. Leong dan S. T. Low di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dan menamakan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai defendan.

Dalam saman pemula tersebut, plaintif memohon pengisytiharan mengikut Artikel 76 dan 76 (A) Perlembagaan Persekutuan bagi perisytiharan bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 adalah batal dan tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, turut dipohon suatu deklarasi bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah, dan bertentangan dengan Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac lepas meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dengan semua 12 Anggota Dewan Undangan Negeri daripada Barisan Nasional (BN) menyokong pindaan itu.

Keputusan itu diumumkan Speaker DUN Datuk Abdullah Ya’kub selepas menerima undian sebulat suara daripada semua 44 ADUN yang menghadiri sidang berkenaan. – BERNAMA

Tags: Gerakanisu hudud
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

28/07/2024
1

Kota Bharu : PAS kecewa dengan pendirian dan kenyataan Gerakan yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah. IKUTI CHANNEL...

GERAKAN Guna Logo PN

GERAKAN Guna Logo PN

25/10/2022
0

BAYAN LEPAS : GERAKAN akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd