• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Suspek Ditahan Kes Serang & Bakar Pondok Pengawal

oleh Ahmad Albab
20/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menahan 12 suspek berhubung kejadian pondok pengawal di sebuah taman perumahan di Bandar Bukit Raja, Klang diserang dan dibakar sekumpulan lelaki pada awal pagi Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata kesemua suspek berumur antara 23 tahun hingga 40 tahun itu ditahan sekitar Klang dan Kampar, Perak dalam beberapa operasi bermula Sabtu lepas sehingga pukul tiga pagi tadi.

“Dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan jenayah kekerasan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Isnin.

Dalam kejadian pukul 1.45 pagi itu, seorang pengawal keselamatan terbunuh manakala enam lagi cedera selepas tiga pondok keselamatan di sebuah kawasan perumahan diserang oleh sekumpulan individu.

Lebih menyayat hati mangsa yang terbunuh, Muhammad Ridzhuan Che Bi, 26, baru dua bulan mendirikan rumah tangga manakala enam rakannya cedera ditetak dengan senjata tajam.

Mohd Adnan berkata pihaknya percaya motif serangan berpunca daripada perebutan kawasan untuk kawalan keselamatan dan tidak menolak kemungkinan terdapat penglibatan kumpulan kongsi gelap dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya tumpuan utama siasatan pada masa ini adalah untuk mencari pihak bertanggungjawab membakar dan menyerang pondok berkenaan.

Mohd Adnan berkata kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Tags: pengawal keselamatanserangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd