• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Halangan Untuk Persatuan Hantar Atlet Elit Ke Sukan SEA

oleh Ahmad Albab
20/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Persatuan sukan tidak dihalang menghantar atlet elit dan senior ke Sukan SEA selagi jumlah mereka seimbang dengan atlet junior, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata walaupun Sukan SEA dianggap sukan pembangunan namun persatuan sukan tidak dihalang untuk menghantar atlet senior jika terdapat keperluan untuk mereka mendapat pengalaman sebelum bertanding dalam acara yang lebih besar.

“Contohnya dalam kes (Datuk) Lee Chong Wei dia sudah lama berehat sejak enam bulan lepas, jadi jika BWF (Persekutuan Badminton Dunia) melepaskan dia (daripada kes doping) apa salahnya untuk dia bertanding sebagai medan latihan.

“Begitu juga dengan Pandelela Rinong. Dia boleh bertanding di Sukan SEA sebagai persediaan untuk Sukan Olimpik tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) ke-11, di sini hari ini.

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang sedang menunggu keputusan BWF mengenai kes dopingnya dan ratu terjun negara Pandelela Rinong antara dua atlet elit yang disebut bakal bertanding pada Sukan SEA di Singapura, bermula 5 hingga 16 Jun ini.

Ditanya sama ada atlet elit yang bertanding diwajibkan memenangi pingat pada temasya itu, Khairy berkata beliau hanya mengharapkan yang terbaik daripada mereka.

“Saya tidaklah mewajibkan, tetapi kalau ‘level’ Chong Wei dan Pandelela kita harap pingat emas tidak menjadi masalah bagi mereka,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai gesaan pelbagai pihak agar aktiviti sukan dikecualikan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), beliau berkata mereka harus menerima hakikat bahawa CBP telah dilaksanakan dan ada barangan yang tidak boleh dikecualikan.

“Kita sudah ada satu senarai pengecualian CBP yang agak besar, jika ditambah lagi nanti orang lain pun akan minta juga dan senarainya tidak akan tamat di situ,” katanya.

Khairy bagaimanapun berharap CBP tidak menjadi penghalang kepada rakyat Malaysia untuk terlibat dalam aktiviti sukan. – BERNAMA

Tags: atletSukan SEA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd