• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Tubuh Pasukan Tindakan, Atasi Isu Kebersihan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Kerajaan Johor bersetuju menubuhkan Pasukan Tindakan Kebersihan, yang berfungsi untuk memastikan setiap pelan dan agenda berkaitan tindakan kebersihan dilaksanakan dengan baik, pada masa depan.

Menteri besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pasukan itu yang turut ditubuh di peringkat daerah akan dipengerusikan beliau sendiri dan dibantu dua exco negeri.

Dua exco itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd Latif Bandi dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat.

“Pasukan ini akan bertemu setiap dua bulan untuk memastikan tahap kebersihan, momentum penguatkuasaan dan keberkesanan kempen kebersihan berjalan seperti yang direncanakan.

“Perancangan sebegini penting, kerana kerajaan negeri mahu setiap pelan tindakan dijalankan berlandaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap pihak yang terlibat dan membuahkan kejayaan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Johor Bersih dan Lestari, di Taman Pelangi Indah di sini, Ahad.

Dalam sidang media yang diadakan kemudian, Mohamed Khaled berkata penubuhan pasukan juga antara lain bermatlamat untuk menyelaraskan tugas pelbagai pihak bagi melakukan langkah pencegahan kebersihan.

“Selama ini, jawatankuasa yang masing-masing di bawah Abd Latif dan Ayub bertindak secara terasing dan tidak bersepadu sebagaimana yang dirancang untuk pasukan ini.

“Diharap apabila ia ada nanti, semua pihak tidak akan lari daripada tanggungjawab masing-masing,” katanya yang turut tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri mengenakan denda kepada pesalah yang membuang sampah sesuka hati di jalanan.

“Suatu masa nanti jika keadaan (isu kebersihan) masih lagi berterusan, kita mungkin akan menguatkuasakan denda, dan untuk pelaksanaannya itu, kerajaan akan mendapatkan kerjasama Solid Waste Corporation (SWCorp),” katanya. – BERNAMA

Tags: JohorKhaled Nordin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi menyembah maklum...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Hadir Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Hadir Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Hubungan Malaysia dan Arab Saudi terus melangkah ke hadapan berteraskan keakraban serta kepercayaan yang telah lama terbina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd