• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKM Buka Peluang 6,318 Sukarelawan ‘Home Help’

oleh Ahmad Albab
19/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuka peluang kepada 6,318 sukarelawan program khidmat bantu di rumah di seluruh negara untuk memberi khidmat mengikut kepakaran mereka dengan skop yang lebih luas, kata Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Datuk Zulkiply Ramli.

Ketika ini khidmat sukarelawan program itu hanya terhad untuk membantu pelanggan JKM terdiri daripada Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas untuk menguruskan rumah mereka serta keperluan harian yang lain.

“Ada antara sukarelawan kita ini pandai menjahit, memasak dan berkebolehan dalam bidang agama, jadi kita mahu kepakaran sukarelawan ini dimanfaat untuk masyarakat.

“Buat permulaan, mungkin khidmat mereka ini diperlukan di mana-mana pusat kebajikan JKM di seluruh negara sebagai tenaga pengajar tambahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Home Help peringkat Zon Timur di sini, Ahad.

Turut hadir Pengarah Bahagian Komuniti JKM Zulkifli Ismail dan Pengarah JKM Terengganu Mohd Nasir Suratman.

Zulkiply berkata program khidmat bantu di rumah itu telah memberi impak yang sangat besar terhadap aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan rakyat Malaysia dan mendapat sambutan yang sangat baik.

“Pada tahun 2014, program ini telah berjaya melepasi sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) apabila seramai 2,228 pelanggan JKM telah mendapat manfaat daripada program ini berbanding sasaran awal 1,500 orang.

“Program ini juga akan mewakili Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat untuk menyertai Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2015 dan kita akan terus melakukan penambahbaikan terhadap program ini pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: JKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd