• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

33 Maut, 100 Parah Di Afghanistan

oleh Ahmad Albab
19/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jalalabad (Afghanistan) – Serangan berani mati di luar bank di Jalalabad semalam mengakibatkan 33 maut dan lebih 100 cedera ketika kakitangan awam datang mengambil gaji masing-masing.

Ketua Polis Fazel Ahmad Sherzad berkata, pihaknya turut menyiasat sama ada bom kedua diletupkan sejurus selepas itu ketika orang ramai bergegas membantu mangsa.

“Memang ia serangan berani mati, namun kami masih menyiasat sama ada pelakunya memakai bahan letupan atau meletakkannya dalam kereta dipandu,” katanya.

Taliban menafikan bertanggungjawab, namun taktik serangan seperti itu kerap digunakan kumpulan berkenaan.

Jurucakapnya Zabihulah Mujahid berkata: “Serangan itu kejam dan jahat. Kami mengutuk perbuatan itu sekeras-kerasnya.”

Tentera Afghanistan kini memerangi Taliban tanpa sokongan kuat tentera NATO buat kali pertama sejak pergerakan Islamis itu digulingkan pada 2001.

NATO yang pernah menugaskan 130,000 tentera di negara itu kini meninggalkan beberapa ribu askar yang lebih banyak memainkan peranan dari segi latihan dan operasi.

Sementara itu, polis berkata letupan ketiga yang turut menggemparkan Jalalabad sebenarnya letupan secara terkawal selepas pakar menemui bom berhampiran lokasi letupan pertama. – Reuters

https://www.youtube.com/watch?v=Zqj1lB2qxLw

Tags: Afghanistanletupan bom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah “Samurai Yang Hilang Arah”, Temui Makna Di Medan Perang Afghanistan

Kisah “Samurai Yang Hilang Arah”, Temui Makna Di Medan Perang Afghanistan

28/04/2026
0

DALAM dunia moden yang dipenuhi rutin pejabat, tekanan hidup dan norma sosial yang menuntut keseragaman, kisah seorang lelaki Jepun ini...

Penurunan Pengeluaran Dadah Di Afghanistan Tingkatkan Penggunaan Dadah Sintetik Baharu

Penurunan Pengeluaran Dadah Di Afghanistan Tingkatkan Penggunaan Dadah Sintetik Baharu

27/06/2024
0

VIENNA : Agensi dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam memberi amaran bahawa penurunan dalam pengeluaran dadah di Afghanistan mungkin meningkatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd