• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iklan Gergasi Jatuh Hempap Empat Kereta

oleh Ahmad Albab
21/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Empat kereta mengalami kerosakan termasuk dua daripadanya rosak keseluruhan selepas dihempap papan iklan yang terjatuh dari bumbung sebuah bangunan lima tingkat akibat dipukul ribut dalam kejadian di Krystal Point, Bayan Baru, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam apabila angin kencang disusuli hujan lebat menyebabkan papan iklan berkenaan jatuh lalu menghempap kereta jenis Citroen, BMW, Perodua Myvi dan Perodua Kelisa yang diletakkan di kawasan luar parkir kereta di bangunan berkenaan.

Saksi yang dikenali sebagai Mariam, 24, berkata, sebelum kejadian, dia berada di hadapan bangunan itu sambil melihat keadaan awan yang tiba-tiba bertukar menjadi gelap dan ketika itu hujan rintik-rintik.

“Tidak lama kemudian saya dengar bunyi kuat seperti ketulan batu jatuh dari atas bumbung sebelum papan iklan jatuh menjunam dan terus menghempap beberapa kereta dan saya berlari masuk ke dalam bangunan untuk menyelamatkan diri.

“Selepas itu, ramai orang berkerumun untuk melihat kejadian berkenaan dan nasib baik tiada yang cedera,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Komander Kanan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Abdul Rahim Ismail berkata, sepasukan pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, runtuhan itu menyebabkan dua daripada empat kenderaan mengalami ‘total lost’ dan akan mengarahkan pihak pengurusan bangunan mengosongkan kawasan runtuhan untuk kerja membersihkan saki baki runtuhan, hari ini.

“Kerja pembersihan akan dilakukan sepenuhnya esok (hari ini) dan tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan akibat runtuhan itu.

“Kejadian berlaku dipercayai akibat ribut dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya. – HMetro

Tags: kemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd